Ketika misi PIKDM ke Pulau Jambongan, kami bertanya kepada Cikgu Hashimudin (pesara guru) tentang keadaan laut. Dari situ, beliau bercerita tentang hari bot nelayannya karam. Bot itulah yang digunakan untuk mencari rezeki dan membawa orang kampung.
Lapan orang berada di atas bot itu, termasuk anak keduanya yang baru berusia lapan tahun. Anak itu masih di dalam ketika bot tenggelam. Adik ipar Cikgu Hashimudin menyelam untuk menyelamatkannya, dan sebuah bot dari pulau berhampiran datang membantu. Alhamdulillah, semua terselamat. Anak yang hampir lemas itu bapa kepada Nabil, yang pernah menerima tajaan yuran pengajian daripada PIKDM dan kini menyambung pengajian di Turki.
Bagi kami yang mendengar, kisah itu mengingatkan bahawa pengalaman pahit kita boleh menguatkan hati orang lain. Dalam sedih kerana kehilangan harta, masih ada nikmat yang besar untuk disyukuri, iaitu nyawa dan usia yang Allah panjangkan. Alhamdulillah.
Video: Lihat video di Facebook
Sumber: Facebook PIKDM








