20 pelajar anak² tanpa dokumen dari Sek Alternatif Tawau telah memasuki sesi persekolahan sepertimana sekolah kerajaan dan sekolah agama memulakan persekolahan.
Di sebuah kampung di kg Hidayat Tawau sana ada sebuah rumah yang dinamakan Sek Alternatif yang mana tujuan asal dibangunkan Sek alternatif ini adalah bertujuan menyelamatkan masa depan anak² tanpa dokumen ini terbela nasib mereka dan setidaknya ada masa depan yang lebih baik untuk mereka mampu berdikari dan menjadi manusia berguna bila dewasa nanti.
Pendidikan adalah hak semua, keciciran pendidikan membawa banyak kesan buruk pada anak² masa depan. Atas inisiatif lepasan siswazah² UMS dibawah Borneo Komrad tertubuhlah Sek Alternatif ini di beberapa buah negeri di sabah khususnya, antaranya adalah di Semporna, Tawau dan KK. PIKDM banyak jalinkan kerjasama dan sumbangan pada Sek Alternatif di Tawau dan kita sendiri telah melihat usaha gigih Cikgu Azwan mengorbankan sekeping ijazah memilih untuk sanggup berbakti pada masyarakat disini untuk berkhidmat sebagai guru dalam serba kekurangan namun jiwa besarnya menjadi taruhan untuk terus mahu lihat anak² di Sekolah Alternatif ini punya masa depan yang sedikit terbela setidaknya mereka mampu berdikari.
Suasana Sekolah ini sangat jauh berbeza seperti namanya diberi. Namun membawa nama sekolah itu, adalah lambang keazaman jiwa² guru yang mahu pelajar ini merasakan mereka sedang bersekolah walau hanya di sekolah alternatif yang seakan sekolah pondok. Banyak sudah kita lihat usaha yang beliau dan rakan²nya yang lain lakukan yang membuatkan PIKDM mahu terus bantu matlamat besar Cikgu Azwan ini.
Sehari sebelum sekolah dijadualkan mula beroperasi kembali, beliau suarakan pada saya “Mahukah PIKDM bantu taja sarapan pagi koko krunch, roti dan air panas pada murid sek alternatif?” Lalu saya bertanya akan hal yang dicadangkan itu, dan setelah berbincang dan memberi cadangan, PIKDM bersetuju untuk menaja, antara sebabnya saya melihat jiwa cikgu Azwan ini bukan sekadar sedar akan pentingnya pendidikan, makanan berkhasiat juga salah satu faktor murid fokus dan bersemangat mahu belajar. Kebanyakan mereka ini tidak bersarapan pagi dari rumah dan tidak mampu beli sarapan, untuk beli roti buat sarapan pagi sesuatu yang sangat mahal kosnya, apatahlagi koko krunch yang mahal itu. Menu sarapan pagi ini dicadangkan untuk 3x seminggu dan akan dihidangkan pada setiap Isnin, rabu dan jumaat (Roti sandwich, roti kaya, koko krunch susu) kos bagi sekali sarapan pagi untuk 20 murid anggaran sebanyak RM50.
InshaaAllah esok tajaan sarapan pagi di sek Alternatif Tawau akan dimulakan.
PIKDM telah membuka peluang pada para penginfak untuk sudi menaja bulanan sebanyak RM500 X 10 bulan.
Untuk bulan Ramadan dana sarapan pagi akan diagihkan bekalan roti dan kurma buat pelajar.
RM5000 diperlukan bagi tujuan ini telahpun berjaya dikumpul pada jam 8:56malam tadi sebanyak RM5,500. Alhamdulillah.
Barakallahhufeekum. Teruskan menyumbang.
Klik LinkTree untuk akses penuh rangkaian PIKDM:
https://linktr.ee/PIKDM