Tajaan Iftar Pek Ramadan ke 6-12 Kg Malalin Pulau Jambongan, Sabah

Disini mereka masak nasi bukan menggunakan ‘rice cooker’ tapi dapur biasa yang menggunakan gas.

Setiap 3 hari gas akan habis.Nak masak air untuk 320 orang minum perlu guna gas.

Untuk penyedian 320 iftar pek setiap hari diperlukan:

30kg beras
35kg ayam
100 liter air perlu dimasak
10kg tepung untuk menyediakan kuih sehari

Gas purata akan habis 3-4 hari sekali.
Dalam seminggu ini 5 tong gas sudah digunakan.

Gas pula perlu dibeli di Pekan Paitan sama seperti keperluan asas yang lain dengan menaiki bot dan kenderaan darat.

Apa yang dipaparkan ini hanyalah iftar pek yang telah siap dimasak. Proses persiapan dari membeli bahan mentah hingga siap dimasak bukanlah seindah yang dilihat..95% penduduk di Kg Malalin Pulau Jambongan ini tidak memasak untuk iftar mereka kerana mengharapkan tajaan iftar PIKDM ini setiap hari.

Projek wakaf tangki PIKDM untuk setiap rumah 1 wakaf tangki sangat membantu kelansungan hidup mereka sekeluarga memandangkan tadahan air hujan untuk 1 tangki sediada sangat tidak mencukupi kegunaan sekeluarga sebagai sumber air utama disini.

Tajaan sebulan iftar pek dengan kos RM5 seorang berserta air dan kuih disediakan secara gotog royong di sebelah bangunan MADS yang ada lebih dari 4 tangki sedikit sebanyak dapat menampung penggunaan air yang banyak untuk penyediaan iftar pek setiap hari.

Penduduk kampung yang majoritinya adalah pelajar kanak² Mads saban tahun memilih menu ayam untuk iftar pek mereka ini adalah merupakan menu yang mahal bagi mereka. Makanan laut mudah didapati mereka..ayam dan daging adalah menu mahal bagi mereka..maka itulah dilihat setiap hari lauk ayam sebagai menu utama cuma dipelbagaikan resipi.

Sudah 2 minggu kita semua berpuasa..tajaan iftar pek ini masih jauh dari sasaran kami..PIKDM menyeru para penginfak yang mahu menaja sehari,.seorang, seminggu sebulan atau semampunya sangat dialu²kan.

Jazakumulllahhu khayran Team MADS Pulau Jambongan.

Sila Klik link INFAK ramadan:
https://www.pikdm.org.my/ramadhan-1443h/

ATAU
MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

CODE INFAK : PR1443H
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
LINK PENUH RANGKAIAN PIKDM KLIK DISINI
https://linktr.ee/PIKDM

Sebarang pertanyaan lanjut klik *INQUIRY*
======================
#Pikdm
#Mads
#IftarPek
#PR1443H

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 56042
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)