AGIHAN PEK IFTAR 1 RAMADHAN, TAJAAN PIKDM:
■MADS Kg Malalin Pulau Jambongan Sabah
Alhamdulillah, pihak MADS telah selesai menyampaikan pek iftar untuk hari ini (1 Ramadhan) tajaan PIKDM kepada seluruh warga Kg Malalin, Pulau Jambongan.
Menu:
🔹Nasi Kuning (Ayam goreng + sayur)
🔹Kuih muih
🔹Air Jagung & Cincau (Ais)
Jazakumullahu khairan buat para penginfak PIKDM yang menyumbang bagi program Ramadan1443 ini. Barakallahufeekum buat team MADS Pulau Jambongan yang sentiasa efisien mengurus program iftar bagi penduduk Kg Malalin dan pelajar² Mads. Semoga Allah merahmati kita semua. Ameen.
==================
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Tiga golongan yang doanya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang terzalimi.” (HR. Ahmad, shahih)
Untuk menjayakan program tajaan ini tanpa sokongan para penginfak ini semua tidak mungkin dapat direalisasikan. Dana sediada sangat terhad untuk kita berkongsi pada yang memerlukan. Ramadan adalah bulan yang digalakkan bersedekah lebih dari bulan² yang lain kerana ganjarannya tiada di bulan² lain. Rebutlah ganjaran pahala di bulan yang mulia ini.
Sila Klik link INFAK ramadan:
https://www.pikdm.org.my/ramadhan-1443h/
#PIKDM
#Mads
#PR1443H