Tabung bantuan kemanusiaan Palestine

Alhamdulillah sumbangan pertama PIKDM telah sampai ke bumi GAZA pada 23 Mei 2021, walau kecil sumbangan ini berbanding NGO lain, tapi sangat disyukuri sister Thahreer (warga Palestin yang menetap di Malaysia hampir 9 tahun) sewaktu beliau maklumkan PIKDM merupakan NGO pertama yang menghubungi beliau untuk salurkan bantuan kepada keluarga beliau di Gaza sana. Kini mereka tidak punya rumah dan tempat tinggal akibat musnah dibom ‘Zio_is’.

Alhamdulillah keluarga mereka semuanya selamat, Kelihatan pakcik beliau sedang bergambar diatas bekas runtuhan rumah keluarga mereka.

Fasa 1 bantuan yang diserahkan PIKDM ini bagi membantu keluarga mereka mendapatkan rumah untuk disewa. RM12k diinfakkan bagi tujuan ini untuk tempoh 1 tahun sementara rumah baru mereka dibina semula. InshaaAllah Fasa 2 nanti PIKDM akan usaha untuk bantu keperluan kejiranan keluarga beliau yang perlukan bantuan baikpulih rumah mereka yang rosak teruk namun masih boleh diduduki. Kami sedang menunggu data dan maklumat dari sana untuk kami lancarkan Dana Fasa 2 ini. InshaaAllah.

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang terus mahu beri sumbangan infak melalui saluran kami. Barakallahhufeekum.

Terimakasih buat sister tahreer dan keluarga beliau disana yang memberi peluang kami untuk menyumbang melalui beliau. Alhamdulillah Allah hantar bantuan pada masa dan ketetapan yang telah DIA aturkan. Teruskan berdoa buat Ummah sejagat. Islam bangkit dan bersatu demi Allah yang satu.

Barakallahhufeekum.

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia