Syahadah Saudari Baru – Ramadhan 28

Bismillah…

Syahadah Saudari Baru – Ramadhan 28

27 Ramadhan saya dipelawa oleh salah seorang volunteer PIKDM juga Volunteer di Abim Islamic Outreach (Saudara badar din) yang mempelawa saya untuk syahadahkan seorang mualaf berbangsa Philippines yang bekerja sebagai juruwang di syarikat tukaran wang asing di K.L.

Sewaktu agihan bantuan Dapur Pek covid PIKDM semasa PKP Badar din antara yang memikul tugasan agihan Dapur Pek PIKDM bagi 25 Asnaf mualaf/non muslim dari senarai yang diberi pihak Abim Islamic Outreach masjid negara di sekitar lembah kelang termasuklah penerima bernama ‘lolita’. Barakallahhufeeh.

Peluang yang hadir tanpa saya banyak soal terus mengesahkan persetujuan. Antara nikmat dan peluang yang saya rasa rugi besar jika tidak ambil peluang ini. Pada bulan yang mulia penuh barakah Allah gerakkan hati hambaNya ini pada waktu yang telah ditetapkanNya.

Pada Ramadhan 28 seawal pagi jam 9am saya telah hadir ke Abim Islamic Outreach yang beribupejabat di dalam Masjid Negara untuk menjadi saksi dan membimbing saudari baru ini untuk lafaz syahadah..antara pengalaman yang pernah saya lalui sebelum ini kenangan membimbing mualaf orang asli di Cambodia,.orang asli di Beswok dan warga Philippines di sabah sebelum ini namun pengalaman sebelum ini tidak sama perasaan dengan yang ini.

Pengalaman yang sangat manis penuh rasa sebak dan sayu di hati hingga saya turut sama menitiskan airmata tatkala lolita diminta membaca satu surat penerangan tentang apa itu Islam dan pengesahan beliau secara sah sebagai saudari baru.

Saat perenggan kedua beliau membaca sudah mula nada sebak beliau terdengar, airmata mula mengalir, lebih beliau menghayati setiap baris tulisan itu bilamana dibaca didalam versi bahasa inggeris yang telah siap sedia untuk dibaca..sepanjang beliau membaca tidak henti² beliau menitiskan airmata penuh syukur menghayati erti keislaman itu..saya yang turut menyaksikan tidak dapat menyeka airmata yang terus mengalir.

Lolita namanya, sudah lama berhasrat mahu kembali kepada agama fitrah tanpa paksaan sesiapa, naluri untuk mendalami agama Islam sudah lama diimpikan.
Beliau yang sudah lama mahu daftar keislaman telah menyuarakan hasratnya kepada salah seorang pelanggannya juga berbangsa Philippines yang sudah kembali kepada agama fitrah ‘Islam’ sejak tahun 2008 lagi.

Aishah nama sahabat(pelanggannnya) yang membawa beliau untuk lafaz syahadah di Islamic Outreach ABIM Masjid Negara setelah lolita menyuarakan padanya “bila boleh bawa saya masuk Islam?” Pada 27 Ramadhan itu juga Aishah mengatakan persetujuan untuk bawa beliau esok ke masjid negara tempat beliau mendapatkan syahadah dulu.

Lolita yang sebelum ini beragama Kristian, dan untuk yang beragama Kristian kita sebutkan ‘Jesus’ (Nabi Isa A.s) juga sebagai utusan Allah selain Nabi Muhammad s.a.w.

Ringkaskan cerita..setelah proses di Jawi kami pulang semula ke Masjid Negara..pada masa itu Aisyah sahabatnya telah membuat bayaran zakat fitrah di salah satu kaunter yang disediakan. Pada masa yang sama Lolita yang baru sejam dua kembali kepada agama Islam juga telah melakukan ibadah rukun Islam yang ke 4 menunaikan zakat fitrah. Subhanallah.

PIKDM turut menyumbang saguhati wang bagi saudari baru ini, Quran terjemahan, Iqra, Tudung dan sepasang jubah diserahkan usai syahadah disempurnakan.

Semoga Allah merahmati penghijrahan beliau ini dan terus istiqomah meneruskan pencarian ilmu dan mendalami Islam dan menjadi muslim yang mengamalkan islam yang benar.Moga Allah terus bimbing hatinya.

Antara soalan yang beliau tanya selepas sah keIslamannya. “I can pray already?” Subhanallah!..beliau sebenarnya sudah pun mula berpuasa dan sudah mengikuti kelas agama di Perkim. Hanya sahaja beliau belum lafaz syahadah hinggalah pada 28 Ramadhan itulah tarikh yang Allah telah tetapkan. Allahu Akbar! Nikmat Islam.

Ilmu bil amal
Amal bil ihsan
Dakwah bil hikmah

#PIKDM
#DAKWAH
#Syahadahsaudaribaru
#Mualaf

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia