Sumbangan Dapur Pek KL/Selangor

28 Nov 2021 (Ahad)
Lokasi : Depan Maybank Seksyen 20 Shah Alam.
Waktu: 9:00pm-9:30pm

Sumbangan Dapur Pek KL/Selangor

Malam tadi sewaktu berhenti parking untuk turun beli sesuatu di KKMart waktu hujan mula turun renyai. Kami didatangi lelaki India mengetuk cermin tingkap kereta kami. Lalu ditanya ada apa ya? Lelaki India itu beritahu kami “perempuan itu panggil kamu” lalu kami melihat dari dalam kereta..oh kelihatannya wanita OKU atas kerusi roda yang seakan memegang tabung bantuan. Sewaktu kami mahu turun hujan turun dengan lebatnya..kami tunggu seketika dan turun bila hujan sedikit reda. Lalu kami pun turun seraya bertanya ” Ya boleh kami bantu? Lalu dia jawab, ” saya nampak stiker kereta puan:
*PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA* saya nak tanyalah kalau ada boleh bagi saya bantuan keperluan dapur.

Subhanallah! saya terus bertanya barang keperluan dapur apa yang perlu? Lalu dia jawab “kicap beras dan lain² keperluan, memang dah habis dah”.

Saya tanya beliau beberapa soalan
Tinggal dimana? Ada no hp boleh kami hantar bantuan kerumah selepas ini?
Beliau cuma menjawab: ” tinggal di klang pulau indah”
Memang hari² ada disini?
Jawab beliau, “tidak, hari ni je kat sini”
Datang kesini naik apa? ” “naik grab”
Kalau bagi bantuan Dapur Pek nak bawa balik macamana ya?
Dia jawab, “takpe adik kedai burger depan ni boleh tolong masukkan dalam grab nanti”
Beliau hanya minta keperluan asas.

Pendekkan cerita..kami penuhi permintaan beliau..

Lalu team PIKDM bergerak ke kedai serbanika Kkmart yang bersebelahan Maybank ini untuk belikan keperluan Dapur Pek buat beliau. Jika beliau bagi kami no hp dan alamat rumah, berkemungkinan kami boleh ziarah kerumahnya selepas ini untuk serahan Dapur Pek kerumah beliau dan ziarah susulan, namun beliau seakan tidak beri kerjasama untuk beri maklumat yang kami mahu.
Beliau cuma berkongsi “saya dulu kerja security dah lama berhenti kerja, 4 kali operate dan ada kencing manis dan mcm² penyakit lagi, demi kelansungan hidup beliau terpaksa meraih bantuan cara begitu barangkali, saya bertanya ada dapat bantuan zakat? Beliau jawab “adalah!” Tapi tak cukup katanya”. Moga Allah bantu.

Kami bantu setakat itu sahaja kerana itulah rezeki yang Allah telah tentukan buat beliau dan kami.
“Alhamdulillah rezeki kita jumpa asnaf KL/Selangor yang benar² memerlukan dan boleh kita manfaatkan dana Dapur Pek ini”.

Adakala kita perlu cari asnaf untuk dihulurkan bantuan..adakala Allah datangkan kita cara begini..sentiasa bersedia dalam apapun situasi. Rezeki kita dan mereka dari Allah. Allah cukupkan rezeki beliau setakat apa yang beliau perlu pada hari itu.

Selalunya memang ada set DapurPek dalam bonet. Semalam pulak tiada. Qadarallah wama sha a fa la.

Alhamdulillah ada kedai serbanika bersebelahan.
Suatu pengajaran.

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

#PIKDM
#DAPURPEKKLSELANGOR

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 65126
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)