Tahun baharu bukan sekadar lembaran baharu, tetapi merupakan satu langkah yang menuntut istiqamah. Tahun baharu sepatutnya dimulakan dengan selangkah ke hadapan bukan dengan gopoh, tetapi dengan keazaman untuk terus memperbaiki diri, meninggalkan maksiat, dan membina kebaikan secara konsisten. Allah mengingatkan:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah al-Ra’d: 11)
Daripada firman Allah ini, dapat kita fahami baharu perubahan itu bermula dari diri sendiri. Justeru, biarlah pertambahan tahun terus menambah ilmu. Namun bukan sekadar untuk diketahui, tetapi untuk diamalkan dan dikongsikan dengan hikmah. Agar ilmu yang ada dapat mendekatkan hati kepada kebenaran dan melahirkan akhlak yang menenangkan. Sekaligus dapat menambah nilai dan menyantuni sesama insan.
Semoga 2026 menjadi tahun kita melangkah dengan istiqamah, menyebar ilmu dengan amanah, dan menyantuni insani dengan rahmat.



