QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Puasa Ayyamul Bidh Rejab 1447H

(𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟑–𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔)

Firman Allah SWT:

مَن جَاۤءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشۡرُ أَمۡثَالِهَاۖ وَمَن جَاۤءَ بِٱلسَّیِّئَةِ فَلَا یُجۡزَىٰۤ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا یُظۡلَمُونَ

“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).”

(Surah al-An’am: 160)

Pengajaran:

1. Setiap kebaikan walaupun kecil tidak pernah sia-sia di sisi Allah. Amalan sunat yang dilakukan dengan ikhlas boleh membawa ganjaran yang besar, kerana Allah sendiri yang akan menggandakan pahala kebaikan.

2. Islam mengajar kita agar hidup dengan seimbang antara harapan dan rasa tanggungjawab. Justeru, amalan puasa sunat melatih jiwa untuk berharap kepada rahmat Allah, sambil mendidik diri supaya lebih berhati-hati daripada dosa dan kelalaian.

3. Allah tidak menzalimi hambaNya sebaliknya menenangkan hati yang sering dibelenggu rasa takut dan bersalah. Lantaran itu, sentiasa ada ruang muhasabah untuk kembali kepada Allah dengan yakin bahawa setiap usaha memperbaiki diri akan dihitung dengan adil dan penuh kasih sayang.

Walau hanya tiga hari sebulan, Allah melipatgandakan ganjaran bagi hambaNya yang melakukan amalan dengan ihsan dan bersungguh-sungguh. Oleh itu, rutin berpuasa pada hari putih ini ibarat baja yang menyuburkan jiwa mereka yang mencari kelebihan di sisi Allah.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image