Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & SVM 2020

Keutamaan ilmu

No. Hadist: 80
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ أُتِيتُ بِقَدَحِ لَبَنٍ فَشَرِبْتُ حَتَّى إِنِّي لَأَرَى الرِّيَّ يَخْرُجُ فِي أَظْفَارِي ثُمَّ أَعْطَيْتُ فَضْلِي عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالُوا فَمَا أَوَّلْتَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْعِلْمَ

Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin ‘Ufair berkata, Telah menceritakan kepadaku Al Laits berkata, Telah menceritakan kepadaku ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari Hamzah bin Abdullah bin Umar bahwa Ibnu Umar berkata: aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ketika aku tidur, aku bermimpi diberi segelas susu lalu aku meminumnya hingga aku melihat pemandangan yang bagus keluar dari kuku-kukuku, kemudian aku berikan sisanya kepada sahabat muliaku Umar bin Al Khaththab”. Orang-orang bertanya: “Apa ta’wilnya wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Ilmu”.
Sahih Bukhari.

Intisari hadith :
1. Mimpi para nabi adalah benar dan ianya adalah wahyu.
2.Para ulama menjelaskan kenapa nabi ambil air susu sebagai gambaran ilmu?
Karena air susu sangat banyak faedah bagi para peminum demikian lah ilmu bahkan lebih banyak lagi manfaat daripada air susu.
3. Sebagaimana air susu adalah bekal hidup bagi seorang bayi di dunia dan jadi penguat jasad dia di dunia ini maka ilmu adalah bekal kehidupan dunia dan akhirat
4. Hadist ini menunjukkan akan kepentingan mencari ilmu di dalam jiwa kita .
Syair Imam Syafi’i tentang pemuda yang mencari ilmu

اصبر على مر الجفا من معلم – فإن رسوب العلم في نفراته
bersabarlah atas kerasnya perangai dari gurumu, sungguh ilmu dapat melekat karena kerasnya gurumu

ومن لم يذق ذل التعلم ساعة – تجرع ذل الجهل طول حياته
barangsiapa yang tak pernah mengecap kehinaan dalam mencari ilmu walau hanya sebentar, akan meminum kehinaan kebodohan pada sisa hidupnya

. ومن فاته التعليم وقت شبابه *** فكبر عليه أربعا لوفاته
bagi siapa yang melewatkan diri dari mencari ilmu pada saat muda, maka bertakbirlah untuknya 4kali karena kematiannya sudah terjadi

حياة الفتى – والله – بالعلم والتقى – إذا لم يكونا لا اعتبار لذاته
kehidupan pemuda itu – demi Allah – adalah dengan mencari ilmu dan bertaqwa, bila keduanya tak mewujud, maka tak ada gunanya dia hidup.

Maksud takbir 4 kali atas pemuda yang tidak belajar Sebab beliau gambarkan orang yang tak belajar seperti janazah ..
والله أعلم

Pada syair Imam Syafie menasihati para penuntut ilmu untuk bersabar dalam menuntut ilmu. Gambaran ini adalah kerana guru guru pada zaman itu garang garang.

▪︎Ilmu bil amal ▪︎ Amal bil ihsan ▪︎Dakwah bil hikmah

#PIKDM

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek-Angkat-2023-8

Projek Angkat PIKDM 2023

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2022 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Buku-zikir-Beli-Infak-Floating