Puasa Asyura Dihapuskan Dosa Setahun Yang Lalu
Abu Qatadah al-Ansariy berkata:
سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura? Baginda menjawab: Puasa Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.
(HR Muslim: Sahih)
Menurut Imam al-Nawawi: Keutamaannya menghapuskan semua dosa-dosa kecil atau boleh dikatakan menghapuskan semua dosa kecuali dosa besar.
Istilah Asyura atau puasa pada hari Asyura merujuk kepada tarikh 10 Muharram. Namun terdapat saranan daripada Rasulullah SAW supaya puasa pada 10 Muharram tersebut digandingkan dengan sehari sebelum atau selepasnya; iaitu pada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram bagi menyelisihi amalan kaum yahudi.
Antara dua pilihan gandingan tersebut, Rasulullah SAW lebih cenderung memilih puasa Asyura pada gandingan tarikh 9 dan 10 Muharram.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
لَئِنْ بَقِيتُ إلى قَابِلٍ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ
Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan (iaitu Sembilan Muharram).
(HR Muslim: Sahih)
Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]



