Projek Wakaf Tangki Siri 12.0 Pulau Jambongan, Sabah

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang terus menyokong Projek Wakaf Tangki di Pulau Jambongan sabah ini. Semoga Allah berkati infak kalian.

Jazakumullahhu khayran yang tak terhingga buat Team MADS Pulau Jambongan yang menguruskan Projek ini dengan sangat efisien dan komited demi mahu melihat ramai penduduk disana mendapat manfaat dari wakaf tangki ini.

Kita imbas sedikit bagaimana perjalanan setahun kita menyempurnakan 120 tangki ini, buat tatapan para penginfak PIKDM yang budiman lagi kita hargai.

Sorotan:
▪︎Disember 2019 – 10 wakaf tangki dilancarkan
▪︎Januari 2020 – 10 wakaf tangki disempurnakan pemasangan
▪︎Disember 2021 -120 unit jumlah keseluruhan wakaf tangki berjaya diwakafkan.
▪︎7 Februari 2021 – 10 unit Wakaf Tangki Siri 12.0 selamat disempurnakan menjadikan 120 tangki wakaf PIKDM di Pulau Jambongan Sabah.

▪️Air hujan satu²nya sumber air di Pulau Jambongan utk kegunaan harian. Mandi, basuh pakaian, masak, dan minum.

▪️Untuk menadah air hujan hanya dengan cara disimpan pada tangki dan digunakan seharian.

■Fakta Tangki Air wakaf PIKDM (1600liter):

🔹️Jaminan SIRIM dan berkualiti
🔹Satu baldi bersamaan 10liter
🔹Satu tangki ada 160 baldi air
🔹Kalau tiada hujan, simpanan air 160 baldi itulah yg perlu digunakan untuk mandi, minum, basuh pakaian, dan lain².
🔹️Bergantung pada penggunaan air bagi setiap keluarga.

Selain tiada sumber air utama:
🔹Tiada bekalan elektrik, Generator digunakan bagi mendapatkan bekalan elektrik dan kos beli minyak bagi tujuan ini sangat tinggi kosnya.
🔹Tiada Pengangkutan Awam
🔹Tiada Sekolah Menengah mahupun pasaraya, hanya ada Sekolah Rendah Kebangsaan di Pulau ini.

Paparan Siri 1.O tangki
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=125918768906385&id=103032411195021

Paparan Siri 2.0 tangki
https://www.facebook.com/103032411195021/posts/138304184334510/

Klik LinkTree untuk akses penuh rangkaian PIKDM: https://linktr.ee/PIKDM

InshaaAllah Siri 13.0 & 14.0 Wakaf Tangki di Pualu Jambongan bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan Infak & Wakaf Tangki:

Pn Lynnda Abbas- Pengerusi
+6013 3709583

Pn Haleiza Ismail- Tim Pengerusi
+6016-209 4367

#PIKDM
#Siri12.0
#WakafTangkiPIKDMsiri12 0
#PulauJambongan

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia