Projek Tajaan Iftar Pek Ramadhan 1442H PIKDM di Kg Malalain Pulau Jambongan Beluran Sabah.

Alhamdulillah Ramadhan telah memasuki hari yang ke 15 hari ini. Semalam genap 14 hari tajaan Iftar Pek di
MADS Pulau Jambongan
(Mads Pusat) Kg Malalain disempurnakan untuk agihan 320 Pek setiap hari.

Iftar Pek Ramadhan setiap hari disediakan oleh orang kg yang terdiri dari pelajar dewasa secara gotong royong dan bahan keperluan asas dibeli setiap minggu untuk stok memasak dengan perlu menaiki bot dan kereta untuk ke pekan kecil bagi penyediaan bahan mentah dan kering.

Untuk menyediakan makanan berbuka pun perlu perancangan awal disini. Sebab itulah sumbangan iftar Pek ini sangat bererti buat mereka yang dapat menjimatkan banyak duit dan belanja untuk tujuan iftar yang merupakan rukun Islam yang ke 3 yang wajib bagi setiap muslim menunaikan tidak kira miskin ataupun kaya.

3 minggu tidak hujan menjadi kerisauan penduduk kampung di Pulau Jambongan ini bila air tangki buat kegunaan harian tidak mencukupi dan semakin menyusut. Dengan adanya tajaan Iftar Pek PIKDM selama sebulan ini, InshaaAllah..sedikit sebanyak meringankan beban penduduk Kg untuk menghadapi Ramadhan dengan lebih bermakna lagi.

Semoga Allah rezekikan PIKDM untuk capai sasaran dana Ramadhan 1442H yang berbaki 14 hari lagi ini. Aameen.

Barakallahhufeekum buat para penginfak yang budiman. Terimakasih atas sumbangan anda semua.
Anda hulur, kami bantu.

=========================================
Klik Link website INFAK:
https://www.pikdm.org.my/donations/ramadhan1442h/
SELAMAT BERINFAK!!
======================

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

#PIKDM
#projekiftarramadhanpikdm
#IftarRamadhan1442H
#IftarPek
#PIR

            

       

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia