Program SENASIB Selangor Jumaat 12 Mac 2021

PROGRAM SENASIB SELANGOR
TARIH : JUMAAT 12 MAC
LOKASI : SEKITAR TAMAN PERMAINAN BARU

Seramai lebih kurang 22 pekerja kontrak warga Myanmar Rohingya yang setiap pagi dihantar majikan mereka untuk bekerja disini dan diambil pulang jam 12 tengahari dan beralih ke lokasi lain pula.

Seminggu sebelum agihan dilakukan, kami telah menemubual tentang waktu kerja dan waktu makan mereka. Disebabkan tiada langsung kedai berdekatan di situ..bagaimanalah mereka ini makan ya?

Kebiasannya mereka hanya alas perut makan roti dari rumah yang didiami seramai 22 orang satu rumah. “Makan tengahari majikan bagi makan ke?” Tanya saya, jawab Yahya dan zubair, “biasa kita bawa nasi masak dari rumah”.

Waktu rehat 12 tengahari mereka akan berhenti rehat dan makan apa yang dibawa bekal. Saya ada melihat bungkusan bekal yang dibawa mereka, nasi dan lauk sekadarnya asal boleh kenyang.

Tanya saya lagi, waktu Covid hari itu tak kerja tak ada gaji ya? Makan siapa kasi? “Boss kasi pinjam duit untuk makan saja” jawab Yahya. Alhamdulillah ada boss yang prihatin bagi pinjam duit untuk pekerja yang makan gaji hari ni, ada kerja ada gaji.

Lalu saya bagitau mereka..InshaaAllah hari jumaat nanti kami mari bawa nasi bungkus sini jam 12.00 tengahari untuk 22 orang ya.

Lalu kami pulang dengan sempat merakam beberapa rakaman sewaktu mereka bekerja dalam keadaan panas terik. Tanda terimakasih dan syukur kita walau hanya sedekah Nasi bungkus dan air mineral. Bagi yang tak mampu nikmati menu sebegini mereka sangat mensyukuri.

Jumaat 12 Mac jam 12.00 tengahari kami sampai membawa Nasi Arab yang ditempah dari Dima Restaurant RM10 berserta air mineral. Sebanyak 50 Pek ditempah untuk agihan Program SENASIB yang lebih fokus mencari penerima yang sedang bekerja mencari sesuap nasi dan berada diluar kawasan perumahan.

Selesai agihan 22 pek SENASIB Team PIKDM bergerak ke RnR dan daerah K.L kepong pula untuk agihan selebihnya.

Paparan SENASIB di K L di posting Page PIKDM seterusnya.

INFAK PROJEK SENASIB
https://www.pikdm.org.my/donations/senasib/

#PIKDM
#SENASIB
#MampuInfak
#InfakJumaat

      

   

   

   

 

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek-Angkat-2023-8

Projek Angkat PIKDM 2023

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Buku-zikir-Beli-Infak-Floating