Program SENASIB di Pulau Pinang 20 Ogos 2021

Program agihan SENASIB di Pulau Pinang

Wakil Team SENASIB (sedekah nasi bungkus) di Pulau Pinang semalam Jumaat (20 Ogos) mengagihkan kepada 40 penerima kalangan gelandangan dan mereka yang hilang pekerjaan dan pendapatan.

Setiap Jumaat mereka² ini akan datang menunggu agihan nasi bungkus di lokasi biasa. Menu yang sedap dan mewah dari air tangan sahabat kita Pn Sue dan keluarga sentiasa dinanti²kan.

Sewaktu bonda saya disaat² kritikal di Wad ICU Covid sahabat saya suami isteri ini telah meniatkan program SENASIB untuk minggu itu atas niat sedekah buat bonda saya, begitu juga pada saat minggu bonda meninggal dunia Jumaat itu mereka telah belanjakan infak SENASIB dari poket mereka untuk Almarhumah Zainab bt Arrepin. MashaaAllah Tabarakallah..

Jazakumullahhu khayran..semoga Allah merahmati kalian berdua.

Barakallahufeekum buat Pn Sue, Bro Rafael dan keluarga.

Menu dan sumbangan 20 Ogos 2021:
Nasi minyak,ayam masak kandar, telur rebus,bendi,bubur pulut hitam, mineral water.
face mask dan sedikit sumbangan yg perlu…

Lokasi: Bagan,belakang padang Ahmad Badawi,Taman Selat, Jetty,

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman. Barakallahhufeekum.
======================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

         

          

       

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia