Program Ramadhan 23-Pusat Jagaan Warga Emas Mesra Home Ampang

Program Ramadhan 23
(Rabu 5 Mei)

Agihan duit zakat
Buku poket zikir pagi petang
Kurma Ajwa Organik

Ini merupakan ziarah kali pertama team PIKDM ke rumah jagaan warga emas disini. MashaaAllah, banyak perkara yang kita belajar dan muhasabah diri tatkala berjumpa dengan wanita hebat yang menguruskan Pusat Jagaan Warga Emas yang penuh mencabar dan cerita sempat kami kutip dan dengar dari Pengasasnya Pn Faezah Ali bekas ‘Staff Nurse’ berakhir disini kerana minat dan mahu yang kuat..seperti dihantar Allah untuk kemari menyantuni mereka, program kesini sehari sebelum PKP diumumkan.

Disebabkan COVID19 kami tidak dibenarkan masuk melihat secara dekat penghuni disini , berpeluang menjengok dari jauh sahaja. Penghuni wanita kesemuanya seramai 25 orang yang uzur dan lanjut usia tidak punya anak dan keluarga kebanyakannya mereka.

Bukan sembarangan wanita mampu lakukan kerja Kebajikan seperti ini, bila ada yang mahu korbankan kerjayanya demi mahu buat apa yang diminati dengan sepenuh hati, makanya segala penat lelah diletak tepi disudut hati asalkan bahagia melihat orang lain bahagia. Itulah erti kepuasaan buat Puan Faezah Ali yang sudah hasilkan karya pertama bertajuk ‘ Bisikan Hati Aku Penjaga Nenek’ dihasilkan beliau berkisar tentang beliau dan penghuni Mesra Home.

Semoga Allah merahmati usaha Mesra Home. Kami pulang dulu. InshaaAllah kami akan kembali lagi dengan beberapa program yang telah kita lihat mampu kita buat sesuatu. InshaaAllah.

Barakallahhufeekum.

Klik Link website INFAK:
https://www.pikdm.org.my/donations/ramadhan1442h/

SELAMAT BERINFAK!!

======================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

                      

              

   

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia