▪︎Pulau Jambongan ▪︎ Beluran ▪︎ Sandakan
Hampir 2 tahun PIKDM tidak berprogram di MADS Pulau Jambongan ini disebabkan PKP yang membatasi pergerakan kami. Alhamdulillah MADS yang merupakan Projek Angkat PIKDM bakal memasuki tahun ke 3 tajaan PIKDM Januari 2022 nanti.
Projek Wakaf Tangki PIKDM bagi seluruh Pulau Jambongan juga telah mencapai 210 tangki sehingga kini yang diuruskan oleh Team MADS. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Sasaran setiap rumah 1 tangki wakaf PIKDM bakal tercapai sedikit masa lagi InshaaAllah. Semoga memberi manfaat buat penduduk pulau ini terutamanya pada musim² kemarau hujan tidak turun berbulan lamanya antara Mac hingga Oktober adalah musim² kemarau dan jika turun pun hujan sekali sebulan atau 2 bulan sekali. Disinilah keperluan mempunyai lebih dari 3 tangki menjadi satu keperluan dimana 2 tangki bagi satu rumah adalah sangat kritikal penggunaannya jika punya keluarga besar.
Selain itu Misi Team PIKDM turun ke Pulau Jambongan baru² ini adalah bertujuan memantau perkembangan tajaan projek angkat dan projek wakaf tangki khususnya. Selebihnya beberapa program ziarah asnaf dan santuni pelajar² MADS.
Program:
(PART 1)
•19/11/2021 (Jumaat): ●Sandakan
Ziarah dan serahan bantuan buat Pn Rosinah di Kg Tbward Sandakan.
• 20/11/2021 (Sabtu): ●Pulau Jambongan
▪︎Melawat Cawangan MADS Kg Babagu
▪︎Memantau projek tangki yang telah siap di Kg Babagu
▪︎Serahan tapau Food Pek & Duit saguhati buat pelajar kanak² dan dewasa
▪︎ Serahan saguhati buat guru² MADS
▪︎Melawat Cawangan MADS di Kg Hujung dan serahan Al Quran, zikir pagi petang, saguhati buat pelajar dan jamuan minum petang.
▪︎Melawat Cawangan Mads Kg Bahanan dan serahan saguhati buat guru² Mads
▪︎Memantau projek tangki yang telah siap di Kg Bahanan
21/11/2021 (Ahad):
*Ikuti posting selepas ini.
Bersambung…(PART 2)