Program Bantuan Asnaf Siri 2 (Beras & Duit) di Pulau Jambongan, Sabah (Projek Ramadhan-Raya 1440H)

Jazakumullahhu khayran sekali lagi MADS yang sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menyempurnakan amanah bagi pihak penginfak PIQD (kini PIKDM).

Kami akur dengan kesukaran yang perlu dilalui untuk menyampaikan 80 kampit beras ke tangan para asnaf di pulau jambongan ini..namun MADS (Madrasah Darus Sunnah) tetap tidak menghampakan permintaan PIQD (kini PIKDM).

80 kampit beras ini perlu dibeli di bandar Sandakan terlebih dahulu dan perlu dibawa menaiki kenderaan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke jeti. Setiba di jeti pula, perlu menurunkan 80 kampit beras ini ke dalam bot dan mengambil masa 1 jam 20 minit perjalanan untuk sampai ke Pulau Jambongan.
Setibanya di Pulau Jambongan, beras perlu diturunkan dari bot dan menaiki pula pacuan 4×4 untuk penghantaran melalui darat untuk agihan kepada orang kampung di pulau ini. Manakala bagi kampung-kampung yang berjauhan perlu dihantar pula menaiki bot untuk sampai. Ini semua perlukan tenaga, dan kos untuk sampai pada tujuan. Kos pengangkutan di Pulau Jambongan ini merupakan kos tertinggi perlu dibelanjakan setiap bulan penduduk disini.

Hanya yang sudah pernah sampai ke pulau ini akan memahami keadaan dan keperluan bantuan yang diperlukan disana.Apapun kami kagum dengan semangat mereka disana. Barakallahhufeekum.

Anda hulur kami bantu.


#JejakAsnaf
#ProjekBeras
#PRR1440H
#Mads

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55532
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)