Program Agihan Bantuan Ramadan 1443H Komuniti Rohingya Ampang

PROGRAM PIKDM
SABTU (9 April 2022)
7 RAMADAN

Aktiviti: Agihan bantuan Ramadan 1443H
Lokasi: Kommuniti Rohingya Ampang
Waktu: 2pm-4pm

Agihan :
250 Dapur Pek
250 Iftar Pek
250 kotak kurma
Paracetamol 1 Kotak

Saban tahun PIKDM berusaha untuk menyantuni Kommuniti Rohingya Jln Ampang ini walau ramai yang semakin meminggirkan mereka ini disebabbka nila setitik rosak susu sebelanga.

Bukan setiap bulan kami bantu mereka ini. Paling kurang setahun sekali dan paling banyak pun 2x setahun itupun waktu Covid dan PKP mereka ini antara yang paling terjejas teruk akibat tiada sumber pendapatan.

Kebanyakan Kommuniti Rohingya disini bekerja sebagai pengutip besi buruk, kerja pasar atau apa sahaja kerja yang boleh memberi rezeki kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mereka Islam seperti kita juga tetap berpuasa dan berhari raya.

Selama kami menyantuni kommuniti disini..mereka ini tidak akan meminta bantuan selagi ada pekerjaan dan sumber pendapatan..bagi mereka asal mampu bayar sewa rumah dan makan minum cukup sudah memadai kehidupan mereka asal boleh mengenyangkan perut memadai sudah. Kitalah yang diuji Allah..akan ditanya Allah nanti sudahkah kita bersedekah dan bantu orang susah saat kita memiliki.

Bila ditanya keperluan dapur untuk nilai yang mampu kami beri ini apa yang boleh mereka beli memandangkan harga barang semakin mahal kini dan jumlah penerima bantuan sekitar 250 keluarga perlu diberi bantuan sama rata..bagi mereka pula biar mereka yang pilih barang apa yang lebih diperlukan asalkan ramai dapat bantuan dengan nilai barang yang lengkap buat makan sekeluarga.

Kebanyakannya mereka ini tinggal menyewa bilik sekeluarga dalam satu rumah seperti satu keluarga..adakalanya 5 hingga 6 keluarga tinggal satu rumah untuk menjimatkan kos sewa rumah yang tak mampu satu keluarga menyewa dengan makan minum bercatu kerja pun tak menentu..namun semangat saling membantu antara kaum mereka sangat tinggi.

Saat bantuan ini disumbangkan kutipan dana kami masih jauh tidak mencukupi namun kita yang memikirkan nasib mereka ini yang mengharapkan bantuan sudah mula berpuasa seperti kita juga. Kami tak mampu tunggu dana cukup baru mahu dibantu. Kita cari solusi yang ada. 250 kotak kurma kita lancar dana berasingan. Kos bagi 250 Dapur Pek dan 250 Iftar Pek berjumlah sekitar RM16K satu angka yang besar bagi yang mendengarnya..walhal barangan yang diagihkan sekadarnya namun mereka sangat bersyukur.

Hidangan kita penuh juadah enak dirumah..mereka ini cuma mengharapkan sedikit rezeki buat kekal kenyang dan mampu menikmati ibadah puasa dengan bersahur dan berbuka puasa dengan apa yang ada sudah memadai..lauk tak ada tak mengapa asalkan beras, bawang, minyak, telur dan garam ada sudah memadai untuk mereka boleh buat nasi goreng yang sedap untuk seisi keluarga.

Bagi yang tak tahu mana mahu laburkan wang yang boleh membawa berkah dan pulangan yang Allah bakal ganti tanpa perlu takut miskin dengan memberi sedekah..Ayuh kita pujuk hati..rugi memberi atau rugi tak memberi? Ramadan adalah bulan sepatutnya diperbanyakkan sedekah..

Kami tak mampu lakukan ini semua tanpa jiwa² yang Allah hadirkan untuk memberi dan terus memberi..semoga Allah ganti setiap apa yang kalian beri..bantu kami untuk kami bantu ramai lagi yang memerlukan..PIKDM telah manfaatkan dana pelbagai PIKDM yang tenat untuk menampung semua ini. Semoga Allah ganti semula. Allahhumma Aameen.

Barakallahufeekum.

Penginfak boleh terus rebut peluang Infak Projek Ramadan PIKDM 👇
https://www.pikdm.org.my/ramadhan-1443h/

Jom Klik infak tajaaan iftar pek/dapurpek/zakatberas/zakat/dll di link diatas👆🏻

“Saat pandemik manusia lebih prihatin lebih merasai erti ihsan, saat aman manusia perlu diingatkan. Fitrahnya manusia begitu”. – L.A

#Pikdm
#Pikdm1443H
#kebajikan

https://www.facebook.com/pikdmalaysia/videos/658383231885304/

https://www.facebook.com/pikdmalaysia/videos/717630855925161/

     

.         

       

   

   

   

      

      

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia