Program Agihan Bantuan Projek Beras Selangor Asnaf & B40

Alhamdulillah 500 kampit beras bagi negeri Sabah telah diagihkan sepenuhnya melalui wakil Team PIKDM di Negeri Sabah seperti yang PIKDM telah paparkan sebelum ini.

Manakala 500 kampit beras bagi negeri Selangor juga telah kita paparkan sebelum ini.

Baki agihan beras Selangor, sebanyak 150 kampit lagi dibawa ke 2021 untuk agihan SIRI 2.0:
▪︎ 58 Kampit beras Asnaf & B40 Jinjang Kepong
▪︎ 2 Kampit Beras OKU kepong Prima.
▪︎ 2 Kampit Beras B40 kepong Prima
▪︎ 30 kampit Beras Asnaf Kg Kubu Gajah, Sg Buloh Selangor.
▪︎ 10 Kampit Beras Asnaf & B40 Ulu klang, Selangor.

Baki yang ada akan kami agihkan pada Siri 3.0 dan yang benar² memerlukan beras. InshaaAllah.

Semoga setiap sumbangan infak ini mendapat keberkatan Allah, dari para penyumbang dan yang menerima sumbangan.
Pada program Dapur Pek covid gelombang pertama sekitar bulan April -Dec 2020, PIKDM telah berjaya menyempurnakan agihan bantuan keperluan asas pada beberapa negeri di Malaysia dan luar Negara juga mendapat manfaat bantuan.

Pada gelombang COVID ke 2 PIKDM melihat keperluan beras lebih mendapat perhatian dan ramai yang memerlukan bantuan beras, makanya kita lancar Projek 1000 kampit beras khusus pada 2 Negeri yang paling teruk terjejas Covid, iaitu Sabah dan Selangor.

Sewaktu Siri 2.0 baru ini PIKDM mewar²kan pada yang benar² memerlukan beras dan terputus bekalan beras daerah Negeri Selangor, kami mahu sumbangkan. Rata² yang menghubungi kebanyakannya sangat memerlukan, bila diberitahu “ini program bantuan beras sahaja tapi beras yang kami sumbangkan 10kg dan gred beras berkualiti, cuma kali ini tiada bantuan keperluan asas lain boleh ke?” Sebab kami tak mahu nanti ada yang berkata:
” NGO ini bagi beras sahaja?” sebabnya kami lancar Projek beras saja kali ini”. Kalau setuju kami atur hantar, InshaaAllah.

Alhamdulillah, rata² yang dihubungi berkata:
” Takpe, memang kami perlu beras pun, beras pun dah tinggal sikit, memang tiada dapat bantuan dari mana² lagi untuk PKP kali ini, setakat ini” ramai juga kat kawasan sini yang suami hilang pekerjaan, ramai yang tiada sumber rezeki saat ini, antara rintihan yang kami dengar dan selidiki dulu sebelum buat penyerahan.

Kalau boleh PIKDM mahu beri bantuan pada ramai lagi..namun apa yang kami ada ini sangat terhad agihannnya, makanya perlu diagihkan pada yang benar² layak memerlukan. Bagi B40, ramai juga kategori yang kalangan suami isteri muda baru berkahwin tiada lagi punca rezeki antara yang tinggal di bandar menyewa rumah pangsa dan pangsapuri yang terpaksa bayar sewa rumah lagi, ada yang mengeluh rumah sewa tak mampu nak bayar, kami minta maaf ya! Untuk bantuan sebegitu kami tak dapat nak bantu.

Sebab itu kami bertanya dulu, samaada mereka benar² memerlukan beras atau tidak?, sebab ada yang kita hantar bantuan bila disiasat mereka ini mampu dan ada kemampuan untuk itu, sebab ada ramai diluar sana nak beli beras pun mereka tidak mampu. Kebanyakan asnaf dan B40 ada yang sudah mendapat bantuan kerajaan, zakat dan lain² bantuan lagi, bagi yang tiada langsung kelebihan itu, kami simpati. Ramai yang tidak meminta bantuan namun ada jiran yang prihatin memberi maklumat. Begitulah sepatutnya kita berkomuniti.

Bagi yang benar² memerlukan walau sekampit beras sahaja yang bakal mereka terima kali ini dari kami, namun mereka yang sangat² memerlukan terlihat kesungguhan mereka mahukan beras, bersungguh² berkata “Ya kami mahu beras” saat beras diagihkan jelas terlihat betapa besar nilai beras buat yang memerlukan.

Jazakumullahhu khayran buat semua yang menyumbang wang dan tenaga.

Barakallahhufeekum.
SELAMAT BERINFAK!
======================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM : https://linktr.ee/PIKDM
========================
#PIKDM
#PROJEK1000KAMPITBERAS
#Asnaf&B40Selangor
#BroadcastNewsPIKDM
#BuletinPikdm

Ikuti kami di TelegramChannel https://t.me/PIKDMChannel

TONTON DI YOUTUBE PIKDM MEDIA👇
Video Program Agihan Bantuan Asnaf B40 Selangor.

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia