Perkongsian Pengerusi PIKDM

Dato Mohd Chan

Baru baru ini kami mewakili PIKDM berkesempatan bertemu mata dengan usahawan berjaya Dato Mohd Chan yang sangat ‘humble’ orangnya. Restaurant MOHD CHAN mula ditubuhkan pada 2007, kini mempunyai 19 rangkaian cawangan Restaurant Chinese Muslim sekitar KL/selangor, 1 di kuantan dan bakal dibuka satu lagi cawangan baru di Cyberjaya.

Beliau memulakan perniagaan industri pemakanan ini, setelah beberapa kali gagal dari jatuh bangun dalam perniagaan. Pernah bergelar jutawan seusia 22 tahun sewaktu bergelar ‘Contractor’ bermodalkan RM10ribu dari modal ayahandanya hingga berjaya menjadi jutawan muda, namun rezeki tidak menyebelahinya, akibat nafsu muda “banyak joli'” katanya..hingga beliau jatuh bankrupt. Bermulalah episod hitam dalam hidupnya..episod hitam itulah menjadikan beliau berjaya hari ini..beliau bangkit berusaha untuk betulkan kesilapan lalu..phasa muda berjaya jatuh bangun bangkit dan berjaya semula kini lebih berjaya setelah bergelar Muslim, selepas kegagalan beliau diberi hidayah islam dan kini bukan sahaja mengamalkan islam, malah membantu ekonomi islam dan mempunyai Pertubuhan kebajikan Mohd Chan yang mana setiap keuntungan Mohd Chan ada bahagian untuk kebajikan dan disumbangkan semula untuk masyarakat dan Kommuniti. Inilah contoh usahawan berjaya yang saya rasa tak ramai mampu buat.

Semasa pertemuan kami tempoh hari, pada keterbatasan masa yang serba terhad, saya lebih banyak mahu kutip pengalaman dari beliau berbanding mahu bercerita tentang kami, bagi kami peluang berjumpa orang² hebat berjaya ini perlu di ambil ilmu dan pengalamannya untuk kita kenal susah senang kejayaan seseorang itu pasti ada kisah pahit maung sebelum sampai ke tahap ini. Sesi perbualan kami hanya 10% sahaja berkisar tentang gerak kerja PIKDM, selebihnya Team Mohd Chan membuka peluang bagaimana PIKDM boleh bekerjasama dengan Mohd Chan untuk sama² bergandingan memajukan ekonomi Muslim disamping membantu Asnaf untuk menjana ekonomi melalui saluran NGO kami, terharu mereka menghargai sumbangan kecil kami walau masih baru dan tidak dibiayai mana² badan kerajaan mahupun korporat. “Inilah kami” kata saya.

Team Mohd Chan (En fadzil) juga seorang ”reverted Muslim’ atas inisiatif beliau menghubungi PIKDM untuk kerjasama agihan Food Pek Covid pada frontliners, maka terjalinlah hubungan baik ini dan kerjasama seterusnya yang diharapkan, InshaaAllah. Beliau memulakan bicara tentang peluang yang bagaimana sebuah NGO seperti kami boleh jana ekonomi sekaligus melahirkan usahawan kalangan Asnaf. Ini juga merupakan matlamat dan Visi besar kami, sudah masanya kami perlu ada sumber ekonomi sendiri untuk meneruskan kerja mulia ini, sampai bila mahu asyik buat ‘Fundraising’ bak kata En Fadzil orang kanan Dato Mohd Chan. Alhamdulillah hikmah covid kami dipertemukan dan disahut untuk bekerjasama dalam industri pemasaran makanan pula. Kami sedang pertimbangkan tawaran ini. InshaaAllah jika ada kebaikan untuk ummah kami pasti sahut. Kerana matlamat kami mahu bantu Asnaf keluar dari kepompong kemiskinan dengan mampu berdikari sambil jana ekonomi.

Kami sempat bertanya Dato Mohd Chan bagaimana beliau kembali kepada agama fitrah ‘Islam’, apa yang membuatkan beliau pilih bidang pemakanan sebagai bidang perniagaan, walhal pada usia mudanya pernah bergelar jutawan..hingga beliau lari bawa diri hingga ke sg besar Kuala Selangor memulakan perniagaan masakan ‘char kuey teow ‘ bermula dengan gerai kecil, berasal dari KL berpindah berniaga hingga ke sg besar, saya bertanya “Kenapa Dato buka gerai jauh ke sg besar ? ” beliau jawab “sebab malu, KL org kenal dulu jutawan” sekarang dah takde apa² sudah. Bagi saya itulah Hijrah terbaik yang telah beliau lakukan. Allah atur kebaikan demi kebaikan dari sebuah penghijrahan.

Dipendekkan cerita beliau memulai bisnes Mohd Chan Restaurant pertamanya di Bukit Beruntung dan kemudian membesar dan berkembang. Waktu beliau masuk Islam pulak bila ya? Waktu beliau berada di persimpangan, waktu zaman kejatuhannya dia tak tahu nak pilih antara Islam atau Kristian,.. sebelum ini beliau menganut agama buddha. Tiada siapa yang dorong atau bimbing beliau untuk masuk islam. Hidayah datang terus dari Allah..Subhanallah…hatinya tergerak nak pilih Islam..lalu bermulalah episod baru dalam hidupnya…segalanya berubah..rezeki diberkati..Allah permudahkan urusan perniagaannya.

Sambil itu kami bertanya lagi, “bagaimana Dato hadapi ujian Covid19 sepanjang PKP dengan 20 cawangan macamana Dato ‘cover’ ? Jawab Dato “kami rugi hampir 1.1juta untuk tempoh 3 bulan” Allahu! ujian Covid dilalui sama seperti peniaga lain juga, bagaimana pula pekerja? Mereka diberhentikan? “Tidak, mereka masih bekerja cuma dibayar gaji ikut jam jika ada tempahan dan ‘delivery service’. Alhamdulillah waktu PKP Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan Restaurant masih lagi mampu berkebajikan walau diuji kerugian besar. MashaaAllah, banyak kami kutip inspirasi dan motivasi dari pertemuan ini.

Setiap kejayaan ada harga yang perlu dibayar. Bukan murah modal berjaya andai gagal bukan bermakna penamat sudah dunia ini.

Semoga menjadi inspirasi buat diri dan yang sudi membacanya.

Dari ummah untuk ummah.

L.A✒

#PIKDM
#MohdChanRestaurant
#COVID19Frontliners
#TaskForceCovid19
#TaskForceCovid19Volunteers
#Kebajikan
#NotaLA

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia