Perasmian Surau Wakaf PIKDM Beluran Sabah

Pada 19hb November 2021 (Jumaat). Majlis Perasmiaan Surau Wakaf PIKDM di Sekolah Tahfiz Al Fareed Beluran Sabah telah dirasmikan oleh Puan Lynnda Abbas (Pengerusi) Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia turut serta hadir merasmikan Pn Haleiza (Timbalan Pengerusi) dan Pn Shaliza Isa (Bendahari) juga beberapa wakil ‘Team’ dari Sabah. Setelah hampir setahun tertangguh perasmian surau ini setelah siap dibina dan dimanfaatkan pada Disember 2020. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah akhirnya dirasmikan secara rasmi.

Turut diraikan 20 pelajar sekolah Tahfiz Al Fareed dari kalangan asnaf/yatim yang ditaja PIKDM bagi tahun 2020-2021 dengan sedikit sumbangan saguhati buat pelajar.

Sumbangan alat permainan bagi pelajar

Acara pecah tanah penanaman benih pokok longan Brazil oleh Pn Lynnda Abbas turut disempurnakan.

PIKDM turut menyumbangkan:
▪︎1 kotak Al Quran Terjemahan
▪︎ Zikir pagi petang

Jazakumulllahhu khayran buat seluruh AJK Surau PIKDM yang terlibat menjayakan perasmian ini. Terimakasih tak terhingga buat Ust Sharif Mohd Farid Pengasas dan Mudir Sekolah Tahfiz Al Fareed atas layanan istimewa dan persiapan yang efisien.

Semoga surau ini memberi banyak manfaat dan kebaikan buat ummah dan menjadi amal jariah berpanjangan buat para penginfak PIKDM.

Barakallahufeekum.

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

#PIKDM
#SurauPIKDM
#SekTahfizQuranAlFareed
#PerasmianSurauPIKDMBeluranSabah

      

   

    

    

   

         

   

        

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia