Misi bantuan Dapur Pek, Susu & Pampers buat Asnaf di Tawau Sabah

Alhamdulillah..seramai 8 keluarga dari Paranggu Tawau Sabah yang dikenalpasti memerlukan bantuan setelah berhari hari merayu mohon bantuan untuk susu dan pampers anak mereka yang kehabisan akhirnya berjaya disempurnakan team PIKDM di Tawau.

Kebanyakan mereka ini tinggal di rumah pondok berdekatan dengan projek perumahan yang sedang dibina di kawasan itu. Mereka adalah pekerja² buruh kontrak di kawasan Taman perumahan Paranggu yang terbatas pergerakan untuk keluar dari kawasan ini untuk mencari sumber rezeki diluar.. kebanyakan mereka ini suami isteri muda dan punya anak² kecil yang perlu diberi susu dan pampers.

PIKDM ada mengesyorkan untuk mereka ini menukar kepada pemakaian napkin yang lebih menjimatkan.

PIKDM akan usahakan untuk infak lampin bayi dan kanak² kepada mereka yang benar² memerlukan dan mahu bertukar kepada lampin kain, InshaaAllah. Disaat ekonomi masing² yang tidak stabil ini, makanan dan keperluan untuk meneruskan kehidupan lebih penting dari keselesaan buat masa ini. Sekaligus membantu menjimatkan kos sara hidup masing². Jika benarlah pampers sangat diperlukan juga, mungkin boleh juga dimanfaatkan penggunaan pampers pada waktu tertentu sahaja, sekaligus menjimatkan penggunaan dan belanja masing² yang sediamaklum serba susah. Kami cuba bantu semampunya dan bantuan NGO datang berkala..kita tak mampu bantu semua..kita tak mampu bantu berterusan semuanya..mana² NGO pun begitu juga..selebihnya masing² perlu meneruskan kehidupan masing² dengan usaha dan ikthiar masing².

Dana bantuan bagi 8 keluarga ini telah dimanfaatkan dari dana zakat individu penginfak PIKDM bagi tujuan ini. Jazakumullahhu khayran buat team PIKDM Tawau yang diuruskan oleh Ustaz Hamdan dengan kerjasama Kuba Jaya Fresh Mart. Barakallahhufeekum.

Semoga Allah merahmati mereka² yang diuji ekonomi dan kesihatan saat pandemik ini. Semoga semua yang diuji terus bersabar dan bersyukur atas nikmat yang masih banyak lagi yang Allah beri berbanding sedikit nikmat yang ditarik ini. Semoga doa usaha ikthiar dan tawakal kita terus istiqomah mengharapkan keredhaan Allah. Semoga kita terus kuat dan taat menjadi hamba²Nya yang taat dan bersyukur. Allahumma Aameen.

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman yang terus menyokong dan memberi kepercayaan. Semoga Allah merahmati kalian dan dilimpahi rezeki yang berganda ganda lagi..Ameen Ya Rabbal Alamiin.

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

          

         

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia