Siri 1.0 & 2.0 telah disempurnakan pada 18 & 19 November 2020.
Alhamdulillah PIKDM dengan kerjasama MADS telah selamat menyempurnakan Misi 1.0 & 2.0 agihan bantuan beras 400 kampit dari sumbangan PIKDM untuk penduduk Pulau Jambongan Beluran Sabah, pada 18 & 19hb November baru ini.
Cabaran mengagihkan bantuan beras 400 kampit (400kg) ini, antaranya adalah faktor pengangkutan, cuaca, kos pengangkutan dan tenaga kerja. Perlu ada strategi terancang untuk lakukan Misi Bantuan ini, ianya melibatkan banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, tidak sama melakukan Misi Agihan Bantuan di darat berbanding di Pulau. Dari kedai beras dipunggah naik ke atas lori, di turunkan ke Kapal dan boat, perlu melalui jalan sungai dan laut mengambil masa hampir 3 jam menaiki kapal nelayan untuk singgah berhenti di jeti Pulau Jambongan sebelum agihan dimulakan.
Agihan sumbangan seluruh Pulau Jambongan:
- Barisan Hadapan (Klinik & Polis)
- Kg Hujung
- Kg Bahanan
- Kg Babagu
- Kg Malalin
- Kg Limau-limau
Alhamdulillah dengan kerjasama Mads yang efisien menguruskan agihan bantuan ini, dapatlah hajat PIKDM untuk sampaikan bantuan beras 400 kampit kepada seluruh penduduk pulau Jambongan sabah ini. Semoga dengan sumbangan beras ini dapatlah kiranya meringankan sedikit beban keluarga yang terjejas akibat Pandemik Covid19 di pulau ini, selain agihan beras dari PIKDM juga sedikit sumbangan keperluan asas dari Mads sendiri untuk penduduk Pulau Jambongan.
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak dan team MADS Pulau Jambongan yang sama-sama menjayakan Misi Bantuan Seribu Kampit beras untuk agihan Sabah yang mendahului Misi ini, memandangkan SABAH paling teruk terjejas untuk Covid gelombang ke 3 ini, makanya bantuan kali ini lebih banyak disalurkan di negeri Sabah khususnya.
Barakallahhufeekum.
#PIKDM
#MADS
#1KkampitBerasPikdm
#Bantuanberas1000kampit
#PulauJambongan
#Sabah
#Covid19