You are currently viewing Misi 3.0 Tangki Air Pulau Jambongan

Misi 3.0 Tangki Air Pulau Jambongan

  • Post category:Projek

Update Tertunda.

Wakaf Tangki siri 3.0 telah disempurnakan sebelum PKP lagi. Hanya kini baru dapat ‘update’ disini.
8 tangki lagi yang berbaki untuk menyempurnakan Misi 4.0. Bagi yang sudah berhajat untuk wakaf tangki 33-40. Sila maklum pada kami untuk pengesahan wakaf. Walaubagaimanapun Projek wakaf tangki ini atas pilihan pewakaf. Mengambil kira situasi PKP dan ekonomi masing². Adapun bagi yang berhajat dan berkelebihan rezekinya, pintu² sedekah sentiasa ada buat yang mahu.

PIKDM hanya buka peluang wakaf ini pada yang mahu sahaja. Dimaklumkan tangki yang diwakafkan pada Misi 3.0 sudah pun memberi manfaat. Khabarnya sudah sebulan tidak hujan di Pulau Jambongan, Alhamdulillah bagi yang sudah punya tangki wakaf untuk misi 1.0 hingga misi 3.0 sudah dapat menampung air tadahan yang lebih lama bertahan.

Sungguhpun pada yang tidak punya lebih dari 1 tangki makanya mereka terpaksa mencatu air ataupun sudah kehabisan air saat ini. Semoga Ramadhan yang bakal tiba nanti dicurahi hujan rahmat. Allahhumma Aameen.

Jazakumullahhu khayran buat team MADS Pulau Jambongan (Madrasah Darus Sunnah) yang menguruskan Projek ini.

Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM.

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
𝗪𝗲 𝗱𝗼 𝗰𝗵𝗮𝗿𝗶𝘁𝘆 𝘄𝗼𝗿𝗸 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝗵𝗼𝗺𝗲

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/

Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia

Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia

Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
MAYBANK (PIKDM)

MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

#PIKD
#PIKDM
#MADS
#PulauJambongan
#TangkiSiri3.0
#WakafProjekTangkiPIDM
#kebajikan