Agihan 200 Dapur Pek PIKDM berupa :
▪︎Beras▪︎ Minyak▪︎ Tepung▪︎ Gula▪︎ Teh▪︎ Garam▪︎ kopi▪︎ mee kuning kering▪︎ telur▪︎ susu bayi▪︎
Lokasi Penghantaran:
▪︎PULAU TATAGAN
▪︎PULAU MAIGA
▪︎PERKAMPUNGAN DARAT SEMPORNA
Wakil PIKDM ke Semporna:
▪︎Anggota PGA Tawau dan Semporna
▪︎Anggota Marine Semporna
Alhamdulillah semalam telah selesai agihan kepada penduduk bajau pala’u di pulau maiga dan tatagan antara kawasan perairan yang tersenarai dalam perintah PKP sehingga 16 November. Bayangkan kehidupan mereka yang sebegitu rupa, andai bantuan tidak sampai pada mereka ini, apakah nasib mereka² ini ya?
PIKDM yang diwakili Team PGA Tawau/Semporna serta Polis Marine Semporna melakukan agihan 200 Dapur Pek covid semalam. Barakallahhufeekum dan terimakasih atas kerjasama yang sangat baik ini.
Berikut adalah kiriman pesanan anggota PGA yang sangat tinggi budi ihsan mahu membantu kerja kebajikan ini sempat lagi mendoakan buat kami dan para penginfak. Semoga Allah merahmati kalian.
“Terima kasih banyak Tuan saya mewakili penduduk kg yg terjejas mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan makanan dari pihak Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM). Semoga dengan sumbangan ini dapat mengisi perut mereka yg memerlukan. Semoga pahala yang mengalir dalam daging yang makan sumbangan dari pihak yang memberi sumbangan akan sentiasa berterusan sehingga akhirat”
Jazakumullahu khairan buat Pn Nurfarahin Mhd Nor selaku wakil Pengurus Projek Khas bagi Misi Semporna ini.
Barakallahhufeekum buat para penginfak budiman. Moga Allah merahmati kita semua.
InshaaAllah bantuan Misi 2.0 akan diteruskan dalam masa terdekat ini.
Lynnda Abbas
Pengerusi
Stay Safe! Kita Jaga Kita!
========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
#PIKDM
#DapurPekPIKDM
#Misi1PIKDMSemporna
#MisiKemanusiaan
#Kebajikan
#Covid19
#Semporna
#Tatagan
#Maiga