Sifat berlumba-lumba melakukan kebaikan, berdoa dengan penuh harapan dan rasa takut, serta khusyuk dalam ibadah adalah asas penting dalam kehidupan seorang Muslim.
Setiap amalan dan doa yang dilakukan dengan ikhlas dan rendah hati akan mendekatkan seseorang kepada rahmat dan keredaan Allah. Firman Allah SWT:
إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
(Surah al-Anbiya’: 90)
- Sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan adalah sifat yang disukai Allah dan menjadi sebab doa dimakbulkan.
- Berdoa kepada Allah dengan penuh harapan dan rasa takut menunjukkan kebergantungan dan keikhlasan seorang hamba.
- Khusyuk dan tawaduk dalam berdoa serta ibadah adalah kunci utama untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah.
Marilah bersama mengejar dan menyebarkan kebaikan Ramadan!



