Daripada Abu Musa al-Asya‘ari RA beliau berkata:
كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكُنَّا إِذَا أَشْرَفْنَا عَلَى وَادٍ، هَلَّلْنَا وَكَبَّرْنَا ارْتَفَعَتْ أَصْوَاتُنَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا، إِنَّهُ مَعَكُمْ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ، تَبَارَكَ اسْمُهُ وَتَعَالَى جَدُّهُ
Kami bersama Rasulullah SAW, apabila kami naik ke atas lembah, kami bertakbir dan bertahlil, lalu suara kami menjadi kuat. Maka Nabi SAW bersabda: Wahai manusia, bertenanglah terhadap diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang tuli atau jauh. Sesungguhnya Dia bersama kamu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat, diberkatilah nama-Nya dan Maha Tinggi kebesaran-Nya.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
- Allah Maha Mendengar dan Maha Dekat. Lantaran itu, tidak perlu meninggikan suara ketika berdoa kerana Allah sentiasa bersama dan mendengar setiap permohonan hambaNya.
- Berdoa dengan suara yang sederhana dan penuh khusyuk adalah adab yang dianjurkan oleh Nabi SAW, kerana Allah bukanlah Tuhan yang jauh atau tidak mendengar.
- Allah mengetahui segala isi hati dan permintaan hambaNya. Maka kita dianjurkan berdoa dengan rasa rendah diri dan yakin bahawa Allah akan mengabulkan doa.



