Daripada Ubai bin Ka‘ab, beliau berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي؟ فَقَالَ: مَا شِئْتَ. قَالَ: قُلْتُ: الرُّبُعَ، قَالَ: مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: النِّصْفَ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قَالَ: قُلْتُ: فَالثُّلُثَيْنِ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ: إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin memperbanyyak berselawat kepadamu. Daripada itu, berapa banyakkah yang perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu. Aku pun berkata: Adakah satu per empat daripadanya? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku berkata: Adakah separuh daripadanya? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku berkata: adakah dua per tiga? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku pun berkata: Aku jadikan semua untuk kamu. Baginda pun bersabda: Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginan kamu dan diampuni semua dosa kamu.
(HR al-Tirmidhi: Hasan Sahih)
- Selawat merupakan doa kebaikan, keberkatan serta kesejahteraan kepada Rasulullah SAW.
- Digalakkan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW tanpa bilangan yang khusus.
- Ganjaran selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang akan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.
Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM
Penyertaan & Sumbangan Projek Angkat 2023 – https://projek2023.pikdm.org.my
Infaq Potongan Bulanan Secara Auto Debit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my
Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my
Pembelian Buku Zikir Pagi & Petang : https://www.pikdm.org.my/bukuzikir
ATAU terus ke akaun

5627 4015 5175 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Sebarang Pertanyaan :
Pn Lynnda Abbas – Whatsapp : https://wa.link/85adwi
Pn Shaliza – Whatsapp : https://wa.link/j7irlz
CIK Alyssa – Whatsapp : https://wa.link/7euwpc