Bismillah..
Memories Project Ramadhan Raya PIQD (kini PIKDM) menjengok di wall tadi. Beraneka rupa suasana ramadhan dan raya menyelimuti hati dan perasaan ini.
Sayu dan terharu melihat kenangan lalu yang mengusik hati yang terkadang tersenyum sendiri, terkadang menangis sendiri melihat keyakinan penginfak mahu terus memberi.
Ramadhan adalah bulan melatih diri. Memulakan kebaikan tidak perlu menunggu ramadhan. Namun bulan Ramadhan adalah bulan yg dijanjikan ganjaran yang berlipat lipat kali ganda oleh Allah. Maka peluang berbagi rezeki, berkongsi kegembiraan sekaligus melatih diri untuk beramal mengikis sifat bakhil dan cinta harta. Inilah bulan tarbiyah bagi menghayati erti haus dan dahaga, lapar dan derita.
Tahun ini kita repeat lagi InshaaAllah.
Kepercayaan penginfaq adalah kekuatan kami.
Teruskan sokongan anda pada kami. Kami tak mampu untuk ganti apa yang telah anda beri. Hanya Allah yang mampu ganti.
Bismillah dulu sebelum berinfak, selamat berinfak dengan kami tanpa ragu.
Bolehlah asingkan bajet infak untuk PIQD mulai saat anda baca tulisan ini..
Untuk online INFAK sila klik pautan ini :
https://www.pikdm.org.my/donations/ir/
#PIQD kini #PIKDM
#KempenMampuInfak
#TeaserRamadhanRayaPIQD(kini PIKDM)
#ProjekRamadhanPIQD(kini PIKDM)
#RamadhanRayaPIQD(kini PIKDM)1440H