Skip to content

Mantapkan Tauhid & Ikhlas Dalam Memohon

Berdoa kepada Allah perlu dilakukan dengan suara yang tenang, disertai kerendahan hati serta tidak melampaui batas. Keikhlasan perlu diutamakan dan menjauhi riya’ kerana doa yang disampaikan dengan tadharru’ dan khufyah lebih dekat kepada penerimaan. Oleh itu, berlebihan dalam lafaz, nada suara, atau permintaan yang tidak wajar perlu dielakkan.

Firman Allah SWT:

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-A‘raf: 55)

  1. Doa yang benar lahir daripada hati yang tunduk, bukan daripada gaya atau perhatian manusia. Maka fokusnya adalah menghadirkan rasa kehambaan ketika menadah tangan kepada Allah SWT.
  2. Batas dalam berdoa perlu dijaga. Iaitu dengan memilih permintaan yang wajar, bahasa yang tertib dan melalui pendekatan yang tidak keterlaluan.
  3. Disiplin berdoa yang beradab membentuk jiwa yang lebih tenang dan konsisten, sekaligus membuka ruang agar doa lebih mudah diperkenankan.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Floating Image