Majlis Silaturrahim & Pelancaran PIKDM

Bismillaahir-rohmaanir-rohiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Ikatan ukhuwah bersemi di jalan INFAK

Dari darat turun ke laut
Singgah bermalam di Tanjung Tuan
Tangan dihulur kami sahut
Hati berbunga ketemu kalian

Seawal 2015 sehingga kini kita bersama di grup Infak yang membawa kita sampai ke hari ini dengan satu semangat yang tidak pernah berhenti demi fastabikhul khairat. InshaaAllah.

Setiap sumbangan para penginfak sangatlah kami hargai selama ini.Semangat Istiqomah mahu terus beramal soleh berbakti untuk ummah sejagat dalam bentuk infak wang dan tenaga adalah sesuatu yang kami tak mampu balas kecuali Allah jua yang membalasnya.

Dengan rasa penuh kesyukuran kepadaNya, kami ingin menghargai jasa budi kalian dengan menjayakan majlis silaturrahim dan perasmian PIKDM sekaligus.
Sudah tiba waktunya kita berkumpul bersua wajah untuk satu pertemuan yang bakal melakar memori baru buat PIKDM

Ilmu bil Amal, Amal bil ihsan dan Dakwah bil hikmah
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
PIKDM dengan sukacita dan berbesar hati ingin menjemput para penginfak hadir ke Majlis Silaturrahim dan Pelancaran PIKDM yang bakal diadakan pada

Tarikh : 28 Mac 2020(sabtu)
Waktu :;2:00pm – 5:00pm
Tempat : D’Tahta, Aras 1, Central Walk @ i-City, Shah Alam.

Majlis yang julung kali bakal diadakan ini bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara pihak AJK PIKDM dan para penginfak budiman kami yang dihormati lagi kami hargai. Di kesempatan ini juga kami ingin melancarkan pertubuhan ini secara rasmi selepas proses ‘rebranding’ baru-baru ini.

Sekaligus berkongsi ‘updates’ projek-projek yang bakal & sedang dijalankan. Inshaa Allah.

Dengan izinNya jua, atas sokongan dan dokongan anda para penginfak, objektif dan matlamat kami pasti tidak akan tercapai dan terlaksana. Justeru, mari bersama-sama kita kaya di dunia dan kaya di akhirat.

Disertakan bersama lampiran poster bagi tajaan meja bagi tujuan yang dinyatakan seperti di poster.

Segala transaksi di atas kapasiti belian meja atau tiket/pax akan disalurkan ke tabung-tabung Projek Ramadhan 1441H & Dana Pengurusan.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk:
Project Manager
Pn Asiera 018 2514716

Juga boleh dihubungi;
Lynnda Abbas – 013 3709583
Haleiza Ismail – 016 2094367
Nani Annuar – 010 8054511

Untuk pembayaran bagi pembelian meja/tiket, sila salurkan ke :*

MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Terimakasih kerana setia bersama PIKD.Teruskan sokongan dan kerjasama berterusan dalam membantu ummah sejagat yg dahagakan ilmu kebajikan dan dakwah dengan menyalurkan sumbangan infak ke PIKDM.

Jazakumullahhu khayran Khatira.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM
(Pertubuhan ilmu kebajikan dakwah Malaysia)

27 Februari 2020
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Website PIKDM
https://www.pikdm.org.my/

FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia

#PIKD
#PIKDM
#BuletinPikdm
#MajSilaturahimPenginfakPIKD
#BroadcastNewsPIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia