Madrasah PIKDM di Ibadan Nigeria

Ahad (16 Januari 2022)

Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmussolihaat..2022 memberi sinar permulaan tahun yang bahagia buat PIKDM dan semoga ianya berterusan baik hendaknya. Aameen.

Menyaksikan perkembangan positif dari projek angkat PIKDM di dalam negara dan di luar negara cukup membuatkan syukur dan rahmatnya kasih sayang Allah atas nikmat ini buat kita semua yang selama ini telah banyak menabur saham akhirat tanpa pernah rasa rugi.

2 tahun PIKDM mengharungi suka duka sepanjang pandemik covid melanda kita masih mampu melakukan kerja² amal soleh yang tidak mampu akal memikirkan. Para penginfak yang budiman lagi dermawan terus istiqomah mahu memberi pinjam pada Allah..keyakinan tebal janji Allah membuatkan kalian terus memberi untuk agama Allah..MashaaAllah Tabarakallah..semoga Allah lipatgandakan rezeki yang memberi.

Allah jua Maha Pengatur Maha Pemberi Rezeki keatas hamba²Nya yang mahu berkongsi rezeki yang dipinjamkanNya.

Penginfak pastinya mahu lihat hasil infak mereka, PIKDM sudah pasti mahu lihat lebih dari itu..kita sama² berusaha kearah itu. Setiap infak yang dilaburkan ini samaada ianya berhasil ataupun tidak..semestinya saham akhirat yang kita harap tinggi mampu menyelamatkan kita nanti di alam sana. Semoga amal jariah ini diterimaNya. Allahhumma Aameen.

Melihat perkembangan guru² yang bersemangat mencurah ilmu dan pelajar² yang dahagakan ilmu terus bersemangat mahu timba ilmu..nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan? Dengan izinNya jua kita telah banyak memudahkan urusan manusia lain dengan kerja kecil dakwah kita cara ini telah banyak beri sinar bahagia dan cahaya di hujung jalan bakal mereka kecapi nanti InshaaAllah..

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dalam rezeki dan amal soleh.

PIKDM terus komited dalam perjuangan ini selagi Allah izinkan kami dan para penginfak terus mahu bantu kami. Semoga Allah merahmati kita semua. Barakallahhufeekum.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

#PIKDM
#MadrasahPIKDM
#Nigeria

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 59721
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)