Bismillah..
Dengan rasminya ke empat-empat Madrasah yang dibiayai/ dibina/diubahsuai dan biaya 8 guru-guru oleh PIQD (kini PIKDM) dari 2015 hingga 2018 kini telahpun dijenamakan atas tajaan PIQD (kini Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia).
Alhamdullillahhillazi binikmatihi thotimmussolihaat.
Madarasah 1
Madarasah Abu Hurairah Kutupalong
Merupakan madrasah terawal yang dibiayai PIQD (kini PIKDM) dari segi pembinaan/pengubahsuaian/ Gaji guru dan lain-lain.
Tajaan 2 guru disini setiap bulan dibiayai PIQD (kini PIKDM).
Jazakumullahhu khayran buat penginfaq PIQD (kini PIKDM) yang budiman yang terus menerus memberi sokongan pada projek-projek PIQD (kini PIKDM).
Barakallahhu feekum. Komitmen berterusan dari kalian sangatlah diharapkan. Setiap bulan PIQD (kini PIKDM) memperuntukkan sejumlah dana untuk Projek Madrasah Cox’s Bazar dan Madrasah Darul Hijrah Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Tanpa dengan izin Allah serta sokongan dan infak berterusan dari kalian, keberangkalian kami tidak dapat meneruskan kerja-kerja murni ini.
Semoga kalian dilimpahi rezeki yang barakah. Allahhumma Aameen.
#PIQDkini#PIKDM
#RohingyaCoxsBazar
#Rohingya
#MadrasahAbuHurairahKutupalong