LAPORAN PROJEK RAMADHAN 1442H PIKDM

Tajaan Iftar Pek Ramadhan sebulan penuh:
1. COXS BAZAR KEM PELARIAN ROHINGYA –
5 MADRASAH TAJAAN PIKDM – RM48K dibelanjakan.
▪︎400 pax sehari tajaan.

2. MADS PULAU JAMBONGAN SABAH – RM48K dibelanjakan.
▪︎320 pek iftar sehari tajaan.

RM30K++ dibelanjakan untuk iftar pek/tajaan iftar/duit Asnaf raya di :
1. MAAHAD TAHFIZUL QURAN DARUL HIJRAH KL
2. SURAU PIKDM AL FAREED BELURAN SABAH
3.SEK ALTERNATIF TAWAU SABAH
4.CAMBODIA
5.VIETNAM
6.YEMEN
7.NIGERIA
8.THAILAND
9.SUDAN
10. COXS BAZAR BANGLADESH

RM1500 dibelanjakan bagi agihan Iftar Pek projek khas ‘Dari Dapur Asnaf’:

Tempahan Roti John. Bubur Lambuk dan kuih Muih dari Dapur Asnaf bagi agihan:

1. Tahfiz Kurnia di Sepang
2. Tahfiz di Ulu Langat
3. Rumah Titian Kasih Anak yatim Titiwangsa
Dll.

■Agihan Duit Zakat Asnaf/
/Dapur Pek Asnaf/Duit Raya
Kategori penerima dalam Malaysia:

Ibu Tunggal/OKU/Mualaf/Anak Yatim
/B40/Warga Emas/Gelandangan

RM4,000 diagihkan.

Ada yang bertanya mampukah PIKDM capai sasaran ini? Kalau ikut dana sediada memang jauh tidak kecukupan. Disaat awal 1 Ramadhan PIKDM terpaksa membelanjakan RM13K+ dari Dana Beras yang berbaki dan Dana Pelbagai yang terhad bakinya untuk agihan Dapur Pek Ramadhan bagi 350 kommuniti Rohingya Ampang yang sangat mengharapkan bantuan sampai kepada mereka dalam situasi pandemik covid yang semakin menyulitkan kehidupan mereka kini.

Walau sekampit beras sudah memadai bagi mereka untuk persiapan Ramadhan, betapa nilai sekampit beras begitu besar makna. Saban tahun PIKDM santuni mereka ini. Selagi ada sifat manusiawi kami bantu selagi mampu, selagi ada penginfak yang terus mahu beri pada mereka² ini selagi itu rezeki mereka tetap ada. InshaaAllah.

Rezeki dari Allah tiada sempadan. Allah Maha Pemurah. Kami sasar dana Asnaf Malaysia lebih dari negara luar. Namun penginfak sendiri yang mahu infak mereka sampai kemana yang mereka mahu. Yang memberi lebih tahu apa yang mereka mahu. Yang menerima seharusnya mensyukuri. Rezeki yang akan datang tiada siapa yang akan tahu kecuali Allah.

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman lagi kami sayangi. Kami tak mampu lakukan ini tanpa sokongan dan kepercayaan para penginfak selama ini. Semoga Allah merahmati dan terima amal kita semua.

Mohon maaf agihan duit Asnaf pada tahun ini terhad pada yang benar² layak, memandangkan dana kami negative -RM7,194.

Barakallahhufeekum.

SELAMAT BERINFAK!!
======================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia