Alhamdulillah, PIKDM telah berjaya melaksanakan Program Tajaan Pek Iftar di MADS Kg Malalin, Pulau Jambongan, Sabah sepanjang bulan Ramadan 1447H|2026.
Pengurus Tajaan Pek Iftar: Team MADS (Pembelian, penyediaan, pelaporan)
Program ini memberi manfaat kepada purata 280–320 penerima setiap hari, dengan agihan pek iftar lengkap merangkumi nasi berlauk, minuman dan kuih-muih. Dengan kos RM7 setiap pek, tajaan harian adalah sebanyak RM2,100, menjadikan jumlah keseluruhan program sebanyak RM60,900.
Hampir 90% penduduk kampung terdiri daripada golongan asnaf, dan mereka berdepan cabaran hidup seperti keterbatasan sumber air serta kos makanan yang tinggi. Dalam keadaan ini, tajaan pek iftar ini menjadi satu kelegaan besar kerana mereka tidak lagi perlu memikirkan juadah berbuka setiap hari.
Sepanjang Ramadan, setiap keluarga dianggarkan dapat menjimatkan lebih daripada RM1,000, selain dapat melalui Ramadan dengan lebih tenang dan bermakna.
Program ini juga menghidupkan semangat gotong-royong komuniti, di mana makanan disediakan bersama dalam suasana penuh syukur menanti rezeki berbuka dengan sederhana tetapi cukup bermakna.
Ini merupakan tahun ke-7 pelaksanaan oleh PIKDM, dan ia telah menjadi satu sumber harapan buat penduduk Kg Malalin setiap kali menjelang Ramadan.
Awal Ramadan, dua kenderaan MADS diuji dengan banjir besar telah menenggelamkan 2 kenderaan MADS yang sempat berkhidmat membeli keperluan asas iftar pek PIKDM. Saat menerima berita, kami membayangkan seolah-olah perjalanan ini terpaksa dihentikan…Namun mereka tetap mahu teruskan program ini. Alhamdulillah.
Tim Mads tetap keluar membeli keperluan asas selepas banjir reda, tetap memastikan dapur iftar tidak terhenti. Kerana bagi mereka, ini bukan sekadar program.Ini amanah dan amanah itu tetap diteruskan walau dalam ujian. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul amanah.
Ujian PIKDM pula adalah mengumpul dana untuk terus memastikan program 1447H dapat disempurnakan sepertimana yang disasarkan.Tidak semua yang dirancang dapat disempurnakan…namun kami yakin, Allah sebaik-baik Perancang. Lahawla wala quwata illahbillah.
Jazakumullahu khairan kathira buat para penginfak PIKDM yang budiman. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan asbab kebaikan di dunia dan akhirat.







































