Alhamdulillah, Program Iftar & Sahur Ramadan 1447H / 2026 oleh PIKDM telah berjaya dilaksanakan di 6 madrasah sekitar Kem Kutupalong dan Teknaf, Cox’s Bazar, Bangladesh, melibatkan anggaran ±450 penerima setiap hari.
- Madrasah Penerima Manfaat
- Madrasah Abu Bakar As-Siddiq (rd.)
- Madrasah Abu Hurairah (rd.)
- Madrasah Uthman Bin Affan (rd.)
- Madrasah Aishah As-Siddiqah
- Madrasah Ibnu Abbas
- Madrasah PIKDM
Maklumat Pelaksanaan:
Tempoh tajaan: 25 hari
Tambahan tajaan khas: 27 Ramadan
Anggaran penerima: ±450 orang sehari
Kos sehari: RM1,800
Jumlah keseluruhan tajaan: RM46,800
Sepanjang pelaksanaan, makanan iftar dan sahur disediakan secara gotong-royong oleh komuniti setempat, lalu diagihkan dalam suasana menanti rezeki dengan penuh sabar, di mana setiap hidangan bukan sekadar makanan, tetapi rezeki yang ditunggu dengan penuh harapan.
Ramadan menjadi bulan yang istimewa buat mereka…
dirai dengan hidangan yang mungkin tidak mampu dinikmati setiap hari.
Walaupun berdepan kekangan dana sehingga tidak dapat menampung sepenuhnya 10 malam terakhir Ramadan, PIKDM tetap berusaha menyempurnakan sebanyak mungkin hari tajaan demi memastikan anak-anak pelarian terus mendapat makanan dan sokongan sepanjang Ramadan.
Program ini bukan sekadar menyediakan hidangan, tetapi menjadi tanda bahawa mereka masih diingati, dihargai dan tidak dibiarkan sendiri dalam ujian kehidupan.
Kerana di tempat ini…
satu hidangan bukan sekadar kenyang,
tetapi satu harapan yang datang tepat pada waktunya.
Jazakumullahu khairan kathira buat para penginfak yang budiman. Segala kebaikan yang kalian hulurkan telah sampai kepada mereka yang menanti penuh syukur.
Semoga Allah menerima setiap amal ini, melipatgandakan ganjarannya, dan memberkati rezeki serta kehidupan kalian dengan keberkatan yang tidak terputus.







































