Laporan tertunda
Tarikh: 28 March 2025
Tempat: Dhamar City, Yemen
Alhamdulillah, PIKDM telah berjaya mengagihkan sebanyak 105 pek makanan kepada golongan miskin, balu dan anak-anak yatim di Dhamar City, Yemen. Agihan ini menyasarkan mereka yang kehilangan tempat bergantung akibat perang yang berpanjangan hampir sepuluh tahun, serta berdepan kesukaran mendapatkan bekalan makanan akibat kemerosotan ekonomi yang teruk di negara itu.
Setiap pek makanan mengandungi seekor ayam, satu kilogram beras, salad, kentang, tomato, bawang, yogurt, buah-buahan, roti dan sebotol air. Ia merupakan bantuan yang bukan sahaja mengisi keperluan fizikal, tetapi juga membawa harapan dan semangat baharu buat mereka yang telah lama diuji dengan kesengsaraan hidup.
Jazakumullahu khayran buat semua para penginfak yang telah menyumbang.Teruskan bersama kami dalam menyantuni ummah yang memerlukan, di mana sahaja mereka berada.
Mari bersama PIKDM, hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka. Setiap sen yang disumbangkan, insyaAllah menjadi bekalan pahala yang berkekalan.
Selamat BERINFAK!
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025


























