“Iftar, Moreh, dan Sahur untuk Pelajar Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis”
Lokasi: Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis (MATIQPs)
Tarikh: 20, 21, 23, 24, 26 Mac 2025
Penerima Manfaat: Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis
Jenis Sumbangan: Iftar, Moreh & Sahur
Negeri: Perlis
Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis (MATIQPs) adalah sebuah Maahad Tahfiz yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs). MATIQPs menampung seramai 10 orang pelajar tahfiz Al-Quran serta ilmu-ilmu bahasa Arab secara berasrama sepenuh masa. Selain itu, kami juga menyediakan kelas bagi 30 orang pelajar mengaji kanak-kanak dan 10 orang pelajar mengaji dewasa secara separuh masa.
Dengan sokongan serta bantuan daripada semua muslimin dan muslimat yang dermawan, kami berharap dapat terus menjalankan operasi Maahad Tahfiz ini dengan cemerlang. Bantuan ini amat penting untuk memastikan prasarana dan persekitaran pengajian yang lebih kondusif bagi kemudahan pelajar-pelajar kami.
Marilah bersama-sama kita menghulurkan sumbangan bagi memastikan kelangsungan program pendidikan ini, yang mana insya’Allah, akan memberi manfaat kepada generasi Al-Quran yang akan datang.
Jazakumullahu khayran buat para penyumbang yang telah menyumbang, Setiap sumbangan yang diberikan memberi impak besar dalam memperkukuhkan ukhuwah Islamiyah dalam komuniti.
Mari bersama PIKDM, hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka. Setiap sen yang disumbangkan, insyaAllah menjadi bekalan pahala yang berkekalan.
Selamat BERINFAK!
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025
























