Tarikh: 22 Mac 2025
Jenis Agihan: Bubur Lambuk
Penerima Manfaat: 300 pek
Lokasi Agihan & Penerima Manfaat:
- Universiti Malaya (UM) – Pelajar
- Hospital Shah Alam – Petugas kesihatan & pesakit
- Hospital Puncak Alam – Petugas kesihatan & orang Awam
- Rumah Cemara – Penghuni & petugas
- Orang awam – Masyarakat sekitar
Alhamdulillah, pada 22 Mac 2025, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah berjaya mengagihkan 300 pek bubur lambuk kepada pelbagai golongan masyarakat, termasuk petugas kesihatan, pelajar, dan mereka yang memerlukan.
Inisiatif ini diadakan bagi menyemarakkan semangat Ramadan dengan berkongsi rezeki dan menyampaikan sedikit kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberikan manfaat dan keberkatan kepada semua penerima.
Jazakumullahu khayran.
Teruskan bersama kami dalam menyantuni ummah yang memerlukan, di mana sahaja mereka berada.
Mari bersama PIKDM, hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka. Setiap sen yang disumbangkan, insyaAllah menjadi bekalan pahala yang berkekalan.
Selamat BERINFAK!
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025































