Skip to content
Buletin & aktiviti

Laporan Agihan Bubur Lambuk Selangor

Tarikh: 16 Mac 2025

Jenis Agihan: Bubur Lambuk

Penerima Manfaat: 300 pek

Lokasi Agihan & Penerima Manfaat:

  • RNR – Pengguna jalan raya dan pekerja rehat & rawat
  • Cleaner – Pekerja pembersihan
  • Pengawal keselamatan – Bertugas di kawasan sekitar
  • Orang awam – Penduduk setempat
  • Pekerja MRT – Staf operasi dan penyelenggaraan
  • Pekerja Hospital Sungai Buloh – Petugas kesihatan
  • Penduduk di Kubu Gajah – Komuniti setempat
  • Pekerja Shell – Staf stesen minyak

Alhamdulillah, pada 16 Mac 2025, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah berjaya mengagihkan 300 pek bubur lambuk kepada pelbagai golongan masyarakat, termasuk pekerja barisan hadapan, penduduk setempat dan mereka yang bekerja keras setiap hari.

Inisiatif ini diadakan bagi menyemarakkan semangat Ramadan dengan berkongsi rezeki dan menyampaikan sedikit kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberikan manfaat dan keberkatan kepada semua penerima.

Jazakumullahu khayran.

Teruskan bersama kami dalam menyantuni ummah yang memerlukan, di mana sahaja mereka berada.

Mari bersama PIKDM, hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka. Setiap sen yang disumbangkan, insyaAllah menjadi bekalan pahala yang berkekalan.

Selamat BERINFAK!

CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image