RM10 yang anda hulurkan hari ini mungkin dapat mengenyangkan perut si fakir miskin yang tak punya wang, mungkin boleh buat beli sekapit beras, mungkin boleh buat belanja sekolah anak, mungkin boleh buat beli buku dan pensil si anak, mungkin boleh buat beli susu si bayi, mungkin boleh buat mereka beli panadol melegakan sakit, mungkin boleh buat mereka tersenyum dan mendoakan penginfaq yang bermurah hati membantu mereka di saat kesulitan dan kesempitan tidak berpenghujung.
Jumaah Mubarakah. Melatih diri untuk berinfak tak perlu tunggu anda punya harta dan wang yang banyak. Mungkin infaq yang kecil inilah yang lebih ikhlas dan lebih diberkati.Jika berat memulakan yang besar. Mulakan kecil kecilan dahulu. Jika tabiat sudah sebati, nikmat memberi itu datang secara semulajadi.
Rezeki orang yang berinfak tidak akan membuatkan kita miskin. Janji Allah itu pasti.
Allah SWT berfirman:
لِلْفُقَرَآءِ الَّذِيْنَ اُحْصِرُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ لَا يَسْتَطِيْعُوْنَ ضَرْبًا فِى الْاَرْضِ ۖ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ اَغْنِيَآءَ مِنَ التَّعَفُّفِ ۚ تَعْرِفُهُمْ بِسِيْمٰهُمْ ۚ لَا يَسْــئَلُوْنَ النَّاسَ اِلْحَــافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ خَيْرٍ فَاِ نَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
lil-fuqorooo`illaziina uhshiruu fii sabiilillaahi laa yastathii’uuna dhorban fil-ardhi yahsabuhumul-jaahilu aghniyaaa`a minat-ta’affuf, ta’rifuhum bisiimaahum, laa yas`aluunan-naasa il-haafaa, wa maa tunfiquu min khoirin fa innalloha bihii ‘aliim
“Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 273)
Sumbangan anda amat dialu-alukan dan dihargai demi kelangsungan gerak kerja amal kebajikan dan dakwah PIQD (kini PIKDM).
Jazakumullahhu khayran
Jumaah Mubarakah