Kami Menyampaikan Tujuan

Dengan kerjasama MRM (MultiRacialRevertedMuslim) selaku NGO yang berusaha mengumpul dana bagi agihan keperluan asas dibawah Projek Rakyat bantu Rakyat, sedikit sebanyak telah membantu hasrat kami PIKDM untuk bantu lebih ramai lagi golongan yang tercicir bantuan dan tidak mendapat perhatian seperti Komuniti Rohingya khususnya. Atas dasar ihsan mereka juga harus di PEDULI. .

Pengagihan barang keperluan asas hari ini dengan bantuan team MRM dan team PIKDM sumbangan ini dapat disempurnakan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Sumbangan keperluan asas berupa beras, minyak, telur, gula, tepung disumbangkan kepada yang layak dalam senarai nama sasaran PIKDM dalam tempoh kurang 24 jam kami senaraikan bagi keperluan pihak MRM untuk layak terima sumbangan ini sebelum diperolehi dari Malakat Mall di Cyberjaya.

Barang keperluan asas ini diambil dari Gudang Malakat Mall pagi tadi oleh team MRM dan diagihkan ke 3 lokasi yang telah PIKDM senaraikan bagi tujuan ini. Untuk makluman semua, sumbangan ini adalah dari sumbangan orang ramai kepada MRM bagi Projek ini. Bagi NGO yang terhad pergerakan seperti kami ini..peluang kerjasama sebegini adalah sesuatu yang dilihat sangat menguntungkan kami. Terimakasih yang tak terhingga kami pada MRM kerana tampil mahu beri kerjasama ini.

Lokasi agihan yang disempurnakan untuk Misi ini:

1. Rohingya Ampang- Kommuniti – 300 Kommuniti
2.Darul Hijrah jln ipoh kl Kommuniti -150 Kommuniti
3.Keluarga B40, Ibu Tunggal, Warga Emas, OKu, Warga Bangladesh – 50 penghuni Flat Sri Ukay Indah yang dikenalpasti yang menerima bantuan dari data yang kami terima dan hasil bantuan jiran dan rakan yang prihatin di sekitar kl dan Selangor siang tadi.

Jazakumullahhu khayran Khatira buat team *MRM dan PIKDM* dan semua yang terlibat membantu usaha murni ini walaupun hanya menjadi Platform ‘wakil’ yang menyampaikan tujuan ini..kami rasa ianya suatu usaha yang sedikit sebanyak membantu pasukan kami menyampaikan sumbangan infak ini pada yang benar² memerlukan mencapai maksud infak itu. *RakyatbantuRakyat*

Kita ada tanggungjawab pada diri kita dan kita ada tanggungjawab pada masyarakat di sekeliling kita jua. Semua ada peranan dan tanggungjawab bergerak dan bertindak dalam kapasiti masing².

Barakallahhufeekum seluruh warga Team MRM dan PIKDM yang terlibat membantu.

” Inilah hikmah Covid 19, bantuan sampai pada yang memerlukan” – kata team PIKDM sewaktu menyempurnakan sumbangan ini.

#PIKDM
#MRM
#MultiRacialRevertedmuslims
#SADAQAHMARKET
#MalakatMall
#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKDM
#TaskForceCovid19Frontliners
#Covid19TaskForceVolunteers

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia