Jejak Asnaf Selangor – Kubu Gajah Sg Buloh

FILE PIKDM KUBU GAJAH, SG BULOH

Kronologi kerumah maksum dan makcik siti (yang kini menumpang bersama maksum) pada 19 Januari yang saya paparkan di grup infak dan terhenti, bersambung.

Sambungan dari Jejak Asnaf Selangor warga Kemboja yang masuk Islam pada 2003 dan arwah suami warga Malaysia ( meninggal dunia lama dah) anak entah kemana semuanya.

Kami menjejaki rumah Maksum sejurus selapas Misi hantar Projek Bantuan ‘SEKAMPIT BERAS’ kerana mahu melihat dimana rumah makcik siti yang baru yang kini terpaksa menumpang dirumah maksum setelah rumahnya (makcik siti) yang seakan rumah kongsi yang uzur lagi dhoif diarah roboh akibat tinggal di tebing sungai yang mengancam nyawa, yang tak tahu mana mahu menumpang hinggalah dipelawa maksum yang sama² susah dan senasib sepertinya untuk tinggal bersamanya..

Selepas menjejaki rumah maksum:

Misi 1.0 (19 Januari) hantar bantuan beras dan sedikit sumbangan duit zakat buat kedua mereka ini.

Misi 2.0 (28 Januari)Misi hantar tilam dan bantal makcik siti yang sewaktu kunjungan Misi 1.0 PIKDM kerumahnya kami sempat melihat keadaan tempat tidurnya, (sila tonton link YouTube yang saya kongsi dibawah, dari hari Misi 1.0 hingga Misi 3.0 kami ziarah rumah mereka) sedikit sumbangan duit dihulurkan buat belanja makan,

Kehadiran kali ini adalah selain menghantar tilam dan bantal makcik siti, juga bertujuan mengambil bil air syabas dari maksum untuk kami selesaikan, bil air tertunggak RM711 dan telah dipotong SYABAS pada 27 Januari 2021.

Misi 3.0 – (29 Januari) semalam kami datang lagi dengan belikan tilam dan bantal untuk maksum pula, beli keperluan asas dapur, tengok meter air yang dipotong syabas, memantau apa yang perlu dibaiki dan dibaik pulih rumah yang uzur ini, temubual dgn jiran lama disana kenapa bil air makcik sampai tinggi sangat sejak 2 bulan terakhir ini? Rupanya ada yang sambung air dari paip rumah makcik dan menggunakan khidmat basuh baju (dobi) dari rumah mereka dan menyebabkan bill air banyak 2 bulan kebelakangan ini yg kebiasannya RM10 -RM20 sebulan je kegunaannya. Jiran yang susah ambil kesempatan orang yang sediamaklum dhoif susah, hanya membayar bil air RM20 pada makcik sum untuk khidmat sambungan air dari rumahnya…juga dikenalpasti ada sedikit kebocoran pada meter paip air utama. Setelah diselidik siasat makanya masaalah ini ada banyak punca. Selepas temubual bersama jiran melayu yang baik ‘mashitah’ beliau pun susah juga, nanun bermurah hati bantu beri makcik sum ambil guna dulu air dari rumahnya. Beliau dan keluarga antara yang paling lama tinggal di kampung itu bersama makcik sum sebelum tanah disitu menjadi kg Kemboja. Beliau antara satu²nya keluarga melayu yang tinggal atas tanah sendiri milik keluarga, selebihnya kampung Kemboja itu ramainya didiami warga Kemboja yang membeli tanah disitu sejak asal kg itu diteroka.

Pasti ada yang akan bertanya “mereka tak boleh dapat bantuan zakat ke? Baitulmal ke? Anak² dan jiran tak bantu ke? Itu ini ke? Saya tahu soalan ini akan diajukan, sebelum ditanya saya jawabkan dulu

Kami di PIKDM tidak akan santuni kerja kebajikan yang mendapat perhatian dan bantuan yang sudah maklum kerajaan sudah sediakan buat yang memerlukan bantuan. Kami tetap akan usaha bantu kes sebegitu sekiranya ada keperluan dan layak menerima bantuan, walaubagaimanapun kes terpencil yang kurang mendapat perhatian dan bantuan akan kami utamakan terlebih dahulu, agar setiap infak, zakat yang dikeluarkan penginfak sampai pada yang berhak dan benar² memerlukan. Kami tak mampu lakukan semua ini tanpa izin Allah dan tanpa sumbangan dan sokongan para penginfak dalam menyokong usaha kecil kami untuk bergerak dan mengerakkan setiap Misi Kebajikan dan Dakwah ini perlukan banyak usaha dan dana. Kami tak mampu lakukan semua ini tanpa sokongan masyarakat.

Bantu kami untuk bantu mereka.

Ikuti KRONOLOGI VIDEO RAKAMAN INI UNTUK LEBIH MEMAHAMI SITUASI SEBENAR

JEJAK ASNAF SELANGOR

FILE PIKDM KUBU GAJAH, SG BULOH

https://youtu.be/ab6vP90MpZE

https://youtu.be/ELlypqtmgHE

https://youtu.be/HpjJ91Y0Hx8

https://youtu.be/E49TOVda_KQ

https://youtu.be/0i2a0bHz5Hc

Klik LinkTree PIKDM untuk akses rangkaian penuh PIKDM: https://linktr.ee/PIKDM

Barakallahhufeekum.

Lynnda Abbas
PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia