Infak tak perlu tunggu hari hari yang sesuai..namun mencari keberkahan hari itu senantiasa ada kelebihannya..
Infak Jumaat PIKDM mahu terus berkongsi kebaikan bersama dalam melakukan amal soleh kita saling memerlukan. Si kaya perlukan si miskin dalam rezekiNya. Si miskin memerlukan si kaya dalam rezekiNya. Rezeki itu kekal Milik Allah. Kita dipinjamkan rezeki dariNya.
Bab: Bersedekah Sesuai Kemampuan
No. Hadist: 1344
حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ عَنْ حَجَّاجِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنْ عَبَّادِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ أَخْبَرَهُ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهَا جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ ارْضَخِي مَا اسْتَطَعْتِ
Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Ashim dari Ibnu Juraij. Dan diriwayatkan pula telah menceritakan kepada saya Muhammad bin ‘Abdur Rahim dari Hajjaj bin Muhammad dari Ibnu Juraij berkata, telah mengabarkan kepada saya Ibnu Abu Mulaikah dari ‘Abbad bin ‘Abdullah bin Az Zubair bahwa dia mengabarkannya dari Asma’ binti Abu Bakar radliallahu ‘anhuma bahwa dia menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu Beliau bersabda: “Janganlah kamu berkarung-karung (kamu kumpulkan harta dalam karung lalu kamu kikir untuk menginfaqkannya) sebab Allah akan menyempitkan reziki bagimu dan berinfaqlah dengan ringan sebatas kemampuanmu ” HR : Sahih Bukhari
Pengajaran hadist :
1. Seorang isteri adalah pemegang amanah harta suaminya dan dia akan diminta pertanggungjawapan di hadapan Allah kelak , sebab dalam hadist yang lain di sebutkan bahawa harta yang di suruh sedekah oleh Nabi sallallahu Alaihi Wasallam adalah harta suaminya yang bernama Zubair bin Awam.
2. Bolehnya seorang isteri bersedekah dari harta suami tanpa izin suami , jika diketahui bahawa sang suami selalu redha bab sedekah, walaupun tidak diberitahu.
Seperti dalam kes ini Nabi Muhammad shallallahu Alaihi Wasallam tidak suruh Asma’ minta izin kepada Zubair terlebih dahulu kerana nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam sudah tahu akhlak dan hati Zubair. (tentu nya minta izin terlebih dahulu lebih utama)
3. Pada ucapan nabi ( ارضخي ما استطعت) terdapat faedah bahawa sedekahlah kamu selama kamu mampu walaupun hanya sedikit, dan jangan kamu simpan kerana takut kehabisan , sebab dengan kamu menyimpan akan terputus sumber rezeki dan rezeki itu tidak menjadi berkah.
4. Sedekah itu sebenarnya membuat hati tenang dan akan mengembangkan harta dan hati yang Dermawan itu akan membuka pintu rezeki.
5. Kedekut atau bakhil itu akan membuat hati tidak nyaman dan tidak tenang, dan harta pula tidak berkah sehingga dia akan belanjakan dalam hal yang tidak manfaat.
والله أعلم
CHANNEL ILMU PIKDM
=======================
Tabung Dana Pelbagai
– Code Infak #TDP
https://www.pikdm.org.my/donations/tdp/
Mampu Infak-
Code #MampuInfak
https://www.pikdm.org.my/donations/mi/
=========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Website PIKDM
FB Page PIKDM
Like/Follow Instagram PIKD_MALAYSIA
Join PIKD Broadcast List
========================
#PIKDM
#Kebajikan
#Infakjumaat
#MampuInfak
#TabungDanaPelbagai