Sekeping gambar tidak mampu berbicara namun mampu membuat insan lain punya hati dan perasaan saat melihatnya. Sebuah rakaman video bukan mahu dipertontonkan semata hiburan, ada mesej yang mahu disampaikan bukan sekadar gambaran tulisan dan cerita yang akal tak mampu membayangkan.
Saat tulisan tidak lagi punya nilai bacaan buat yang jemu dan lesu, maka terhentilah seketika tujuan dan matlamat hidup yang dicari. Kita mahu apa yang kita mahu..tatkala ada insan lain mahu beri apa yang insan lain mahu semahunya..
Sukar mahu selami hati manusia dalam memaknai sifat memberi antara mana yang patut diberi…mana mungkin kita mampu menilai usaha kecil yang tidak dapat dilihat. Ada manusia mahu lihat hasil yang lumayan lagi menguntungkan baru mahu pergi memukat hasilnya, fitrah manusia sebegitu lazimnya, untung dicatu dahulu rugi tidak sekali dimahui….kerana itulah Allah simpan rahsiaNya untuk takdir kita..andai setiap amal mampu disukat dan ditimbang, sudah pasti kita merasa cukup untuk beramal.
Tiada siapa yang tahu hitungan amal yang mana yang bakal menyelamatkan dirinya di akhirat nanti. Semua manusia Allah beri peluang untuk beramal..carilah peluang itu.
Kami disini hanya mampu mendorong dan membuka peluang infak dan amal soleh buat yang mahu. Ada yang minat infak surau dan masjid, ada yang minat infak Quran, ada yang minat infak Asnaf, ada yang minat infak anak yatim, ada yang minat infak perigi, telaga, tangki dan lain² lagi.. semua punya minat dan kecenderungan masing² dalam berinfak..namun kami terus sajikan peluang infak yang dapat memenuhi kehendak para penginfak selagi ada yang mahu kami sajikan buat yang mahu..atas izinNya jua.
Namun semua itu perlu diurus selengarakan dengan kudrat akal manusia, kepakaran manusia, komitmen manusia, keperluan kelengkapan teknologi untuk sebaran dan maklumat yang mampu dicapai jari menjadi pilihan, perlu menyakinkan apa yang sudah diberi dan dijanjikan dibuktikan.. perlu mengikut arus teknologi dan cabaran yang pelbagai kini..disinilah Fisabilillah bagi pasukan yang menerajui. Ianya bukan sekadar urus dan beri semata². Ianya mampu memberi lebih banyak manfaat seandainya medium media ini dimanfaatkan sebaiknya. Kami sudah bersedia kearah itu. InshaaAllah..Doakan kami yang baru bertatih ini.
Kami membuka peluang infak jumaat ini untuk yang mahu membantu perjuangan kami agar kami mampu mara terus untuk bantu ramai lagi diluar sana dengan kalian bantu kami mengukuhkan pasukan media kami yang memerlukan kelengkapan media yang seadanya untuk kami mulakan operasi perancangan sajian media untuk ummah dan masyarakat berbilang bangsa dan agama. InshaaAllah bakal memberi manfaat dan kebaikan semua.
Ilmu bil amal▪Amal bil Ihsan▪Dakwah bil hikmah.
Jazakumullahhu khayran
Lynnda Abbbas
Pengerusi PIKDM
=======================
Tabung Dana Kilat Media
Code DKKM https://www.pikdm.org.my/donations/dkkm/
Tabung Dana Pelbagai
Code Infak #TDP https://www.pikdm.org.my/donations/tdp/
=========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
FB Page PIKD https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Like/Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
========================
#PIKDM
#Infakjumaat
#DanaKilatKeperluanMedia
#DKKM
#TabungDanaPelbagai
#Kebajikan
#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKDM