Endemik Ramadan Infak Ramadan

ENDEMIK RAMADAN
INFAK RAMADAN

Adakah anda ingin mendapatkan ganjaran pahala dari usaha dakwah dan kebajikan team PIKDM?

Link sumbangan : https://www.pikdm.org.my/infak/

Mari bersama menyokong usaha dakwah PIKDM dengan menyumbang secara tetap setiap bulan.

Ramadan bertamu lagi, pada yang merindui bulan Allah ini tiada seharipun mahu dilepaskan peluang pahala berganda yang tak terhitung dijanjikan Allah.

Pandemik datang mengejut dan kini endemik mengambil alih..Alhamdulillah Allah izinkan kita masih ada di bumi ini…berbeza sungguh perasaan menyambut ramadan tahun ini..ramai yang ramadan kali ini disambut tanpa ayah, ibu, atuk, nenek,anak, cucu, isteri,suami, adik beradik, jiran dan rakan yang telah pergi meninggalkan kita akibat wabak Covid yang singgah 2 tahun meragut nyawa jutaan manusia. Takdir yang telah ditentukanNya. Allah menegur hati² manusia yang sombong dan lupa betapa hebat kamu menguasai dunia..jangan lupa pada Yang Maha Berkuasa keatas langit dan bumi ini adalah atas kekuasaanNya jua…..manusia tiada daya dan upaya melainkan Allah.

Banyak sudah kisah pahit sedih getir dilalui umat manusia beberapa tahun ini yang barangkali inilah rahasia Allah untuk beri seribu kebaikan dari sebuah musibah ujian walaupun diri ini juga tidak terlepas diuji kehilangan bonda tercinta asbab covid. Sekelip mata nyawa diragut malaikat bergilir gilir tak kenal usia agama dan bangsa. Semoga syahid akhirat buat muslimin muslimat yang telah meninggalkan dunia ini asbab covid. Aameen.

Kini nikmat yang ditarik sedikit demi sedikit Allah kembalikan, syukur Allah masih beri kita semua peluang koreksi diri..jangan mudah lupa dari ujian yang pernah singgah semalam..kerana manusia mudah lupa saat kecapi kenikmatan..sesekali Allah tarik nikmat itu ianya baik bagi Allah walau dilihat buruk bagi kita…nikmat dunia bersifat sementara dan ujian dunia tiada siapa mampu menepis jika Allah berkehendakan.

Nikmat dunia mengejar akhirat turut diuji mukmin. Ibadah menjadi norma baharu..ahli ibadah diuji, ahli maksiat turut diuji..rumah maksiat pusat hiburan terhenti..ini satu rahmat atas ujian musibah ini. Allah tarik nikmat dan beri banyak rahmat.

Semua pasti mahu kekal dalam momentum istiqomah agar ibadah dan amal soleh diterimaNya..menghulurkan bantuan terus dalam hal kebajikan dan kemanusiaan khususnya juga memerlukan perjuangan untuk kekal istiqomah..apatahlagi di bulan ramadan yang mulia ini..

Ada yang memerlukan iftar pek setiap hari kerana tak mampu menyediakan makanan setiap hari disebabkan peralatan dapur tiada, bekalan makanan tiada, bekalan wang tiada dan serba tak mencukupi bagi asnaf bandar dan asnaf pendalaman dalam negara mahupun luar negara selagi Islam agama anutan mereka..mereka semua sama² turut menyambut ramadan seperti kita..Allah tidak melihat bangsa dan keturunan..iman dan takwa penentu timbangan.

Ada negara yang masih dijajah diperangi dizalimi, hidup dalam ketakutan dan trauma, jiwa ihsan semakin menebal atas nilai ma’nusiawi..disinilah Allah uji pada yang aman dan berharta..

Disana ada yang berpuasa dan berbuka seadanya..ada juga yang selama ini sudah terbiasa puasa melibihi 24 jam lamanya kerana tiada bekalan makanan..jika tidak mendalami hati dan perasaan mereka yang serba tiada mana mungkin kita memahami erti ada dan tiada.

Ramadan bulan menguji lapar dan dahaga..bukan puasa semata² yang terdidik. yang sentiasa lapar dan dahaga sudah alah bisa tegal biasa. Apa yang ada itulah rezeki. Pandemik covid memberi kesedaran berganda akan erti sabar dan syukur bagi kebanyakan manusia..Allah beri teguran sekali untuk kita ingat berkali kali. Cukup dengan ingat sahaja tidak memadai.

Allah mahu lihat apa yang sudah manusia buat dari satu teguran ini. Allah mahu kita lihat diri kita dan lihatlah di keliling kelalang kita jua. Diturunkan sesuatu ujian dan musibah untuk kita ambil hikmahnya.

Persiapan ramadan bagi yang mampu menikmati semampunya tiada perlu susah payah, hanya menikmati apa sahaja yang diingini. Bagi yang tidak mampu, semampunya cuba menikmati apa yang termampu ditelan asalkan kenyang perut terisi.

Yang memerlukan…

Saat ada yang memerlukan..bantulah semampunya..hari ini mereka diuji..entah esok lusa kita pula diuji..ambil lah iktibar kisah mangsa banjir hilang harta benda sekelip mata..yang berharta tidak terkecuali diuji.

Saat menyumbang, hulurlah semampunya..usah disumbang sesuai kehendak kita saat memberi..hulurkan sumbangan sesuai keperluan mereka tidaklah bererti apa yang mereka mahu tapi apa yang kita lihat mereka lebih memerlukan.

Ramadan 1443H bersama PIKDM membawa pelbagai pakej Infak untuk kita salurkan buat yang memerlukan disana sini dalam negara mahupun luar negara. Seruan Infak tidak perlu diulang siar kerana semua sedia maklum ganjaran infak di bulan ramadan tiada tandingan di bulan² lain. Tiada rugi mendorong manusia lain melakukan kebaikan andai setiap kebaikan yang mereka lakukan bertitik tolak dari kita yang memulainya..maka doronglah hati kita untuk mendorong hati ramai diluar sana pada jalan kebaikan.

Unit Penerbitan PIKDM
Nota Ramadan
■•■•■•■
https://linktr.ee/PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia