Doa Orang Berilmu Dan Beriman

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Surah Ali Imran: 16)

Doa ini adalah doa orang berilmu dan bertaqwa yang Allah kekalkan dalam al-Quran agar dapat dibaca hingga hari kiamat.

Doa ini dinyatakan setelah Allah menyebut tabiat manusia yang sentiasa mengutamakan hawa nafsu khususnya terhadap perempuan, kanak-kanak, harta kekayaan dan nikmat-nikmat dunia yang lain.

Kemudian, Allah SWT susuli dengan menyebut bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi serta tidak akan musnah. Demikianlah nikmat syurga yang Allah sediakan untuk orang-orang beriman dan bertaqwa yang bersih hatinya daripada dosa dan maksiat.

Doa ini juga mengisyaratkan tawassul kepada Allah dengan iman, yang menjadi bukti keimanan kepada Allah dan penyucian diri daripada perlakuan syirik. Perkara ini dapat dilihat pada ucapan:

 

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Ya Allah sesungguhnya kami telah beriman oleh sebab itu ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka.”

Antara pengajaran dalam doa ini :

  1. Sifat orang beriman adalah mengisytiharkan keimanan mereka kepada Allah SWT.
  2. Orang yang beriman tidak berasakan diri mereka hebat, (ujub) atau bangga diri. Bahkan sentiasa mengharapkan keampunan daripada Allah SWT kerana mengganggap diri serba kekurangan dan kelemahan.
  3. Hendaklah orang yang berdoa sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan juga memohon agar dijauhkan daripada seksaan api neraka. Perkenan daripada dua permohonan ini akan mencetuskan kejayaan di dunia dan di akhirat.
  4. Bertawassul dengan iman atau amal soleh kepada Allah SWT adalah salah satu ikhtiar yang diharapkan makbulnya doa oleh Allah SWT.

 

والله أعلم

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia