Doa Menjelang Usia 40 tahun

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

(Surah al-Ahqaf: 15)

Allah SWT menyebut secara jelas dalam al-Quran bahawa usia 40 tahun adalah puncak kesempurnaan usia sebagai manusia dalam menjalani kehidupan. Firman Allah SWT :

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun.

(Surah al-Ahqaf: 15)

Selama tempoh tersebut, pelbagai nikmat dan kebaikan telah Allah kurniakan. Oleh kerana itu, pada usia 40 tahun kita dianjurkan untuk banyak bersyukur dan bertaubat atas apa yang telah dilakukan.

Antara pengajaran dalam doa ini:

  1. Anjuran berdoa memohon agar diberikan rasa syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan serta dapat melakukan amal soleh secara berpanjangan.
  2. Seseorang yang telah memasuki umur 40 tahun harus banyak bertaubat dan berserah diri kepada Allah SWT.
  3. Usia 40 adalah usia ketika manusia beralih daripada masa muda kepada masa dewasa penuh. Oleh kerana itu, secara fitrahnya pada usia sebegini ramai yang mula cenderung kepada agama dan berusaha memperbaiki diri walaupun pada usia mudanya jauh daripada agama.

 

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link : https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-dana-kuliah

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia