Doa Antara Dua Darjat

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

(Surah al-Zumar: 9)

Antara pengajaran daripada ayat ini:

1. Allah menyatakan kepada kita bahawa tidak sama kedudukan orang yang berilmu dan yang tidak berilmu. Lantaran itu, teruslah bersemangat dalam menuntut ilmu kerana Allah SWT berfirman hanya orang yang berakal sahaja yang dapat memikirkan akan kepentingan ilmu.

2. Orang yang berilmu adalah mereka yang memiliki keimanan yang kuat serta benar-benar bertaqwa. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dalam kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

(Surah Fatir: 28)

Sedangkan orang yang melakukan kesyirikan adalah mereka yang tidak memiliki ilmu. Firman Allah SWT:

قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu: “Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, hai orang-orang yang jahil?”

(Surah al-Zumar: 64)

3. Keimanan dan ilmu bagaikan bersaudara lantaran keduanya menjadi cahaya dan pengetahuan. Manakala kufur dan kesesatan juga umpama saudara namun keduanya adalah kezaliman dan kebatilan yang nyata.

والله أعلم

 

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link : https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-dana-kuliah

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek-Angkat-2023-8

Projek Angkat PIKDM 2023

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2022 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Buku-zikir-Beli-Infak-Floating